Pregnant Kenapa Tidak Berpuasa?

Berikut ialah cerita luahan hati seorang wanita mengandung. Cerita ini adalah kisah benar, semoga kita tidak prejudis terhadap semua orang. Jadilah seorang muslim dan mukmin yang mempunyai hati yang bersih insyaAllah.

kisah wanita mengandung

Berikut ialah cerita yang disiarkan.

Terima kasih pada admin jika artikel ini sudi di kongsikan.

Aku baru tau aku 5 minggu pregnant lepas aku p klinik. Trimester pertama. Dapat tahu pon, beberapa hari sebelum puasa. Disebabkan alahan yang teruk, aku tak dpt nak puasa. Smpai ke 22 Ramadhan ni, adalah dlm 5 hari je aku puasa.

Terpaksa Tinggal Puasa Sebab Alahan, Bukan Saja-Saja

Alahan mcm mana? Aku muntah, dari subuh sampai lepas isyak. Of course bukan non-stop. Cumanya, sejam sekali aku akan ke toilet untuk muntah. Tak campur dgn asyik nak buang air kecil. Sampailah aku dehydrated & kena marah dengan doctor. Dia larang aku puasa sbb aku constantly muntah, dgn kencing sokmo lagi.

Yg aku nak cerita ni, sbb ada seorang wanita yang aku tak tau kenapa mcm tak puas hati aku tak puasa. Tak payah nak pertikaikan kakak ko sarat mengandung 7 bulan & boleh puasa. Aku harap ko tau, 1st trimester adalah waktu crucial utk pregnancy. 80% of miscarriages happen in 1st trimester. Aku juga pernah gugur before ni. So I don’t want to jeopardize this pregnancy.

Ko tak payah nak perli2 aku tak puasa. Ko tak payah nak berdebat, kononnya aku salah guna rukhsah yang diberikan pd golongan mengandung. Ko tak payah nak bagi jelingan tajam bila ko Nampak aku makan biskut 2 keping. Sebab, aku tak pernah maki ko pon bilamana ko sentiasa ada kat surau utk tidur (bukan waktu nak solat pon) atau mengumpat.

Aku harap, satu hari nanti ko akan alami alahan seteruk dgn aku pada bulan Ramadhan, baru ko paham apa yg aku rasa. Ko tak tau betapa stressnya aku. Paling byk aku boleh makan hanyalah suku pinggan nasi, & aku akan muntahkan semua tu balik. Sampai keluar asid perut. Disebabkan takde makanan yang masuk, aku sgt lemah & rasa nak baring je 24 jam sehari.
Macam Mana Dia Nampak Aku Tak Puasa?

Mcm mana dia tau aku tak puasa? Aku sorok2 makan biskut/kek kecik2 harga 80sen tu kat bucu surau, bukan aku makan kat chicken rice shop pon. Dan, aku juga takde makan berat. Sebab? Aku tak larat nak sediakan bekal sendiri, kalau mkn berat pon, mmg akan confirm keluar balik – Hanum

P/s: Ruksah puasa terhadap wanita hamil telah diberikan Allah. Sungguh islam agama yang harmoni dan memudahkan. Berikut ialah petikan hadis:

Dari Anas bin Malik, ia berkata : “Kudanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi kami, akupun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, aku temukan beliau sedang makan pagi, beliau bersabda,

“Mendekatlah, aku akan ceritakan kepadamu tentang masalah puasa. Sesungguhnya Allah menggugurkan 1/2 shalat atas orang musafir, menggugurkan atas orang hamil dan menyusui kewajiban puasa”.

Demi Allah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satunya. Aduhai sesalnya jiwaku, kenapa aku tidak (mau) makan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam”. [HR. Tirmidzi, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah, sanadnya Hasan].

Kredit : iiumc confesion. Sila share jika anda rasa cerita ini bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *