Bila Dah Kahwin, Ipar Dan Mertua Jangan Cuba Kacau Ekonomi Rumahtangga

Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.

Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya.

Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya. Mereka juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi.. Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.

Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup.. Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak, hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung.. Dia dok goyang kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. Sampai ke hari ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah. Pelik.

Masalah duit yang tak pernah selesai.

Sedih Ya Allah. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau. Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..

Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya.. Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang gemar mengambil kesempatan.

Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.

Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan. Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.

Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran. Mak cuma fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu. Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah. Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi aku.

Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga. Dan hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang takkan terputus. Sekian.

Sumber : Aliff Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *