Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Saya Mula Tidak Berkira Dengan Adik Beradik

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik. Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih. Bantulah adik beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat, kata Nabi saw.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi saya taknak tag nama dia. Nama dia Haris.
Baru umur 40 lebih. Tapi kaya raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.

Dia kata :

“Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni. Hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik beradik saya. So Khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah.”

Terus teringat seorang ustaz kata :

“Salah satu punca hidup kita sempit, susah. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.” Ya Allah, takutnya!

Sedih lihat. Ada adik beradik yang tak bertegur sapa bertahun-tahun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah. Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.

Ustaz saya kata :

“Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti. “

Ya Allah, jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Allah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik-beradik. Rahmatilah kami adik-beradik. Ya Allah ampunilah dosa adik-beradik kami. Kalau mereka ada buat salah pada kami .Amiiin.

Sumber : Ema Azi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *