9 Perkara Yang Memudahkan Anda Untuk Keluarkan Wang KWSP Anda, Baca Selanjutnya.

Tidak kira anda baru sahaja menceburi alam pekerjaan atau sudah lama bertapak dalam dunia pekerjaan, tabungan sebahagian kecil wang anda ke atas KWSP sangatlah wajib demi masa depan anda, terutama sekali untuk kegunaan mustahak atau kegunaan di hari tua nanti.

Kalau anda bekerja sepenuh masa, majikan telah siap potongkan setiap bulan. Korang yang bekerja sendiri pulak boleh buka akaun i-Saraan KWSP, yang merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan.

 

Ia membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Best kan?

Tapi dalam hidup ni, macam-macam benda tak diduga yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab tulah kena ada persediaan terutamanya dari segi kewangan. Walaupun korang tak digalakkan untuk usik wang simpanan persaraan, KWSP turut memberi kelonggaran untuk korang buat pengeluaran bagi tujuan tertentu yang urgent dengan syarat-syarat tertentu.

 

KWSP benarkan Pengeluaran Sebahagian untuk 9 tujuan ni:

 

• 1.Bina Rumah

Korang boleh keluar duit dari Akaun 2 untuk tujuan ni. Pilih sama ada nak buat Pengeluaran Individu atau Pengeluaran Bersama Pasangan/Ahli Keluarga.

 

• 2. Perumahan Fleksibel

Untuk tujuan ni, pengeluaran korang boleh menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk korang punya Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.

 

• 3. Kesihatan

Ahli yang menghadapi masalah kesihatan dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.

Selain diri sendiri, mereka yang layak dibiayai termasuklah mak ayah korang (kandung, angkat, tiri, mentua), pasangan, adik-beradik (kandung), dan anak-anak (kandung, angkat, tiri).

 

• 4. Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

 

• 5. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman

Korang boleh buat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

 

• 6. Perumahan PR1MA

Korang boleh gunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari untuk dapatkan rumah PR1MA korang yang pertama!

 

• 7. Beli Rumah

Dengan harga hartanah yang melonjak tinggi, memiliki rumah sendiri sememangnya mencabar tapi tak mustahil. Dengan adanya pengeluaran KWSP, ia sedikit sebanyak mengurangkan beban korang dalam membeli rumah.

 

• 8. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Bukan senang tau nak bayar ansuran bulanan, terutama mereka yang banyak komitmen. At least simpanan yang ada dari Akaun 2 sedikit sebanyak boleh bantu korang bayar ansuran bulanan bagi tempoh enam bulan atau sehingga masalah kewangan korang selesai.

 

• 9. Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

 

Untuk info penuh tentang Pengeluaran Sebahagian dan macam mana nak keluarkan duit KWSP, korang boleh check out laman Pengeluaran Sebahagian KWSP.

Sekarang korang dah tau yang korang tak perlu tunggu sampai bersara untuk buat pengeluaran. Tapi sebelum tu kenalah pastikan yang korang konsisten dalam membuat caruman tiap-tiap bulan sebaik sahaja mula bekerja.

 

Kalau korang nak tau, sekarang nak buat caruman makin senang tau! Tak kiralah apa jua jenis transaksi yang korang nak buat dengan KWSP, korang guna je kaedah pembayaran tanpa tunai! KWSP menerima bayaran dalam bentuk Kad ATM (MyDebit), FPX, dan DirectDebit.

 

Sumber: era.je


Jom Bantu Share Artikel Ini
×