Ajaran Doa Di Dalam Al-Quran Ketika Anak Sedang Sakit.

Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk? Setiap orang pasti ada pengalaman tersebut. Sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu-bapa, risaunya lain macam. Kesian tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’… Ada waktu tu sampai berdoa, ‘Ya Allah, tak sampai hati tengok anak saya yg sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’

Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih-sayang kita mak-abah kepada anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar & pemantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.

Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid 19 menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Allah SWT. Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dll ni hakikatnya makhluk Allah SWT juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Allah SWT. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat & sebagainya tetapi asasnya tetap sama : pergantungan kita terhadap Allah As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan.

Ajaran Doa Di Dalam Al-Quran Ketika Anak Sedang Sakit.

Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.

Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar & dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :

Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)

Caranya adalah :

  • Baca Al-Fatihah
  • Baca 3 Qul
  • Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca :

 

بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali)

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)

Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku & yang aku khuatirkan.

Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah and 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.

Ajaran Doa Di Dalam Al-Quran Ketika Anak Sedang Sakit.

Dalam masa sama pesan ulama, perbanyakkan bersedekah. Saya ada mendengar kisah, ada seseorang yg anaknya ditimpa penyakit kronik. Lalu dia bersedekah sejumlah xxx setiap hari dan ditakdirkan Allah, anaknya sembuh. MasyaAllah. Benarlah pesan ulama, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (melalui sedekah), Allah lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×