Akademi Laut Malaysia (ALAM) – Ambilan 2019 – Berminat dengan ALAM? Disini DigitalMukmin akan kongsikan maklumat penting mengenai ALAM
Buat pelajar lepasan SPM, ini adalah berita baik buat anda! Jika anda berminat untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat Diploma di Akademi Laut Malaysia (ALAM) iaitu bagi Program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin kini boleh dimohon secara atas talian (online)
Dibawah ini merupakan ringkasan iklan bagi pengambilan Kadet ALAM 2019. Kini, ALAM sedang mencari calon yang memiliki sikap dan pemikiran yang positif supaya dapat menceburi kerjaya sebagai seorang pelaut professional. ALAM akan melatih para Pegawai Kadet yang akan lengkap dengan ilmu dan juga kemahiran untuk menjadi Kapten Kapal atau Ketua Jurutera yang berkhidmat bersama organisasi-organisasi maritim bertaraf global.
PENGAMBILAN KADET AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM) 2019
Untuk makluman, ALAM merupakan singkatan bagi Akademi Laut Malaysia atau Malaysian Maritime Acedemy iaitu merupakan sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai jenis kursus yang melibatkan maritime. Untuk lepasan sekolah, ALAM akan memberikan latihan untuk menjadikan mereka pegawai dek atau jurutera marin di atas dan Ia terletak kira-kira 148 km ke selatan Kuala Lumpur dan 152 km ke utara Singapura.
PERMOHONAN AKADEMI LAUT MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
Dibawah ini merupakan perkara penting mengenai permohonan ALAM.
PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN PERMOHONAN ALAM
Dbawah ini merupakan maklumat program pengajian Permohonan ALAM yang ditawarkan dan syarat kemasukan untuk kedua-dua program Diploma.
PEGAWAI KADET NAVIGASI (DIPLOMA PENGAJIAN NAUTIKA)
- Lulus SPM dengan minima ‘C’ atau kredit dalam 5 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
- Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
- Lelaki atau perempuan bujang, berusia 18 hingga 25 tahun pada Julai 2019
- Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
- Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5- 24.9)
- Tidak rabun warna
- Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual
PEGAWAI KADET KEJURUTERAAN MARIN (DIPLOMA KEJURUTERAAN MARIN)
- SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit dalam 5 mata pelajaran Bahasa Malaysia, English, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan
- Pemegang Ijazah atau Diploma dan Sijil Asasi/ Program Matrikulasi adalah layak/ digalakkan untuk memohon.
- Lelaki / perempuan belum berkahwin, berusia dari 18 hingga 25 tahun pada Julai 2019
- Sihat iaitu dari segi mental serta fizikal dan medikal
- Ketinggian minima 158 cm serta berat 48 kg untuk pemohon lelaki (BMI: 18.5- 24.9)
- Ketinggian minima 155 centimeter dan berat 42 kg untuk pemohon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa
BORANG ATAS TALIAN (ONLINE) ALAM 2019
Pemohon perlu lengkapkan Borang permohonan ALAM di pautan berikut :-
- Laman Rasmi ALAM – Online Applications — Cadetship Intake
- Jika anda pemohon baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang Register Now, kemudian Login ke Portal dan isi Cadetship Application Form (pilih mengikut pengajianDiploma samada DME atau DNS)
- Lengkapkan bahagian My Qualification
- Tekan Submit
- Tarikh tutup permohonan adalah 14 April 2019
NOTA PENTING MENGENAI PERMOHONAN ALAM
- Semua calon perlu memohon melalui kaedah atas talian dan permohonan melalui kaedah lain tidak akan dipertimbangkan
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temu duga dan ujian bertulis. Pengetahuan dalam perkapalan dan industry maritim adalah merupakan satu kelebihan
MANFAAT MENYERTAI ALAM
Graduan berpeluang untuk belayar ke serata dunia di atas kapal syarikat perkapalan/ organisasi maritim dengan haji tanpa cukai yang lumayan serta faedah pekerjaan yang menarik
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN ALAM 2019
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan ALAM, anda boleh menghubungi :-
- Akademi Laut Malaysia (ALAM), Batu 30 Kampung Tanjung Dahan, 78200, Kuala Sungai Baru Melaka
- Tel No Sekretariat : 06-3882 305/ 306/ 314
- Laman FB : www.facebook.com/akademilautmalaysia