Alasan Tidak Lulus BSH Fasa 3, Apa Perlu Anda Buat? Baca Dahulu Di Sini

Adakah anda telah gagal dalam permohonan BSH fasa 3 ? Antara kod gagal BSH fasa 3 adalah seperti kod 15 – bilangan kereta / harga kereta melepasi paras kelayakkan.

Ada juga yang gagal permohonan BSH fasa 3 dengan kod 07 – Pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM 4000.

Yang menghairankan, alasan tidak lulus BSH itu tak munasabah. Ramai penerima BSH berkongsi luahan perasaan mereka di dalam group facebook Bantuan Sara Hidup BSH dan menyatakan bahawa alasan itu tidak munasabah buat mereka.

luahan pengguna BSH yang gagal fasa 3

Admin berpendapat mungkin pihak LHDNM atau pihak agensi berwajib salah faham dalam isu ini dan perlukan semakan semula. Ini kerana, maklumat-maklumat yang dinyatakan oleh LHDNM agak bercanggah dengan maklumat pemohon BSH 2020.

Mungkin LHDNM/MOF perlu membenarkan rakyat Malaysia yang sangat memerlukan bantuan BSH ini untuk membuat rayuan semula dan memuat naik maklumat terkini mereka berkenaan maklumat diri dan pasangan.

Baca Juga : Dokumen Diperlukan Untuk Rayuan BSH

DigitalMukmin berharap agar semua yang mengalami status gagal permohonan bersabar dan tunggu penjelasan selanjutnya oleh pihak LHDNM.

InsyaAllah semoga urusan kita dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kita oleh Allah SWT.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×