Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Amalan Doa Ketika Hujan & Petir.

by Ms Admin Wani
June 15, 2021
in Agama, Informasi, Panduan, Petua
Reading Time: 3 mins read
0
Amalan Doa Ketika Hujan & Petir.

Hujan juga sering diselangi dengan guruh dan petir yang kadang kala menggerunkan. Bunyinya yang mencemaskan merupakan tanda kebesaran Allah. Ia merupakan peringatan betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya dan hanya kepada Allah tempat kita memohon perlindungan.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Ketika mendengar petir, anak-anak kecil terutamanya mesti akan berasa gerun, apatah lagi apabila merasa gegaran dan kilat sabung menyabung. Bacaan doa ketika munculnya petir bertujuan untuk mengharap perlindungan dari Allah SWT.

Membaca doa ketika mendengar petir sebaiknya diamalkan dan juga diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka juga terbiasa berdoa ketika melihat atau mendengar petir. Jadi, apakah doa yang patut kita bacakan semasa mendengar petir?

BACAAN DOA KETIKA PETIR, KILAT & HUJAN LEBAT

Doa Ketika Petir

Disebutkan dalam hadis daripada Abdullah bin Zubair RA, apabila mendengar petir, baginda terus berhenti bercakap dan membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه) ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

Maksudnya : “Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.”

Amalan Doa Ketika Hujan & Petir.

Sesudah berdoa, baginda bersabda pula dengan maksud:

“Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.”

(Riwayat Imam Malik di dalam al- Muwatta’, no.1801 & hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no.724)

Doa Ketika Petir 

Doa lain yang Rasulullah sering amalkan ketika guruh adalah daripada hadis riwayat Abdullah bin Umar, baginda membaca doa ini;

اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azabMu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.”

Selain itu, disunatkan juga untuk bertasbih ketika mendengar guruh disamping berdoa supaya dilindungi daripada bencana dan keburukan dari makhluk-Nya.

Doa Ketika Hujan Lebat

Petir juga seringkali diiringi dengan hujan. Di sini disertakan sekali doa yang boleh dibacakan ketika hujan atau hujan lebat. Doa ketika hujan adalah termasuk antara waktu doa yang mustajab, jadi jangan lepaskan peluang untuk berdoa ketika waktu tersebut ya!

 Doa Ketika Turun Hujan

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”
(HR al-Bukhari 1032 & HR Nasa’i 1506)

Doa Apabila Hujan Lebat

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
Maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah & tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
(HR al-Bukhari 957 & HR Nasa’i 1510)

Amalan Doa Ketika Hujan & Petir.

Doa Selepas Hujan Turun

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ
Maksudnya: “Kita diberi hujan kerana kurnia & rahmat Allah..”
(HR. al-Bukhari 846, 980, 3832, HR Muslim 104 & HR Abu Daud 3407)

Doa Ketika Angin Kencang

عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَصَفَتِ الرِّيحُ، قَالَ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

Amalan Doa Ketika Hujan & Petir.

Daripada ‘Aisyah rah berkata: Apabila ada angin kencang bertiup Nabi saw berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

Yang bermaksud: Ya Allah! Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang terkandung di dalamnya, serta segala kebaikan yang dibawanya, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan apa yang terkandung di dalamnya serta segala keburukan yang dibawanya. [H.R Muslim]

Akhir kata, menurut Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman, kita juga boleh mengamalkan sunnah-sunnah yang telah Rasulullah ajarkan untuk dapat pahala lebih antaranya merasai hujan, tidak mengutuk hujan, angin dan seumpamanya, berdoa apabila mendengar guruh dan petir, mengambil kesempatan untuk doa memohon hajat dan memohon diberikan kebaikan dan dijauhkan keburukan. Semoga menjadi amalan yang bermanfaat untuk semua.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

TIPS KURUS
Petua

[TAK SANGKA!] Tak Perlu Makan Berat, Jus Diet Ini Boleh Buat Perut Kenyang & Badan ‘Maintain’ Fit!

0
Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya
Panduan

Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya

0
Bayaran RM150 Ini Akan Dikreditkan Petang Ini
Bantuan Kerajaan

Bayaran RM150 Ini Akan Dikreditkan Petang Ini

0
Campur Bahan Ini Waktu Bersyampu, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur, Gatal & Kelumumur
Petua

Campur Bahan Ini Waktu Bersyampu, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur, Gatal & Kelumumur

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM1500 Dibayara Pada Bulan Ini – Semak Sekarang
  • Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan Oleh Kerajaan – Semak Sekarang
  • MySTR Fasa Keempat : Akan Diberikan Lebih Awal Kepada Rakyat
  • Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Tarikh Bayaran RM600
  • Bantuan Suri Rumah RM480 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini
  • Tarikh Pemabayaran Gaji September 2023 Penjawat Awam ( Semak Sini )
  • Senarai Kategori Penerima Bantuan Sebanyak RM 900 Dan RM 1200 : Semak Kelayakan Sekarang
  • TERKINI : Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE) – JKM
  • Bantuan Lesen Motor Dan Kereta Percuma Untuk Rakyat Malaysia : Mohon Sekarang
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • STR Tambahan : Bayaran RM600 Kini Telah Dikreditkan Berperingkat – Semak Kelayakan Anda
  • TERKINI : CEO KWSP Benarkan Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2
  • MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori
  • E-Dompet : Bantuan Istimewa E-Tunai RM100 Untuk M40 & B40 – Mohon Sekarang

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×