Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Amalan Sunat Pada Hari Jumaat.

by Ms Admin Wani
June 25, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan, Petua
Reading Time: 3 mins read
0
Amalan Sunat Pada Hari Jumaat.

Pastinya kita semua tahu yang hari jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan. Bagi orang yang beragama Islam, pada hari jumaat mereka akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikan  solat Zohor. Oleh itu, Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda semua amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari jumaat.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

10 Amalan Sunat Pada Hari Jumaat

Memotong kuku

Memotong kuku bukan sahaja boleh dijadikan sebagai amalan tetapi juga boleh memastikan tangan kita sentiasa bersih. hal ini demikian kerana, kuku yang panjang akan menyebabkan kotoran berkumpul di celah kuku dan ianya kotor! Disebabkan makan menggunakan tangan juga merupakan amalan Sunnah, jadi kita perlulah memastikan kita menjaga kebersihan tangan serta kuku bagi mengelakkan kita menggunakan tangan yang kotor untuk makan.

 Mandi sunat

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Membaca Surah al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Perbanyakan bersedekah

Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia. Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

(Surah al-Baqarah ayat 215)

Memakai pakaian yang bersih dan sopan

Memakai pakaian yang bersih dan sopan amatlah dituntut terutama sekali apabila seseorang itu hendak menunaikan solat. Jika kita memakai pakaian yang elok juga, kita dapat memperlihatkan identiti serta peribadi seseorang Muslim itu kepada orang lain.

Namun, cukuplah sekadar memakai pakaian yang bersih, sopan dan sedap mata memandang. Tidak perlulah kita sentiasa membeli pakaian baru jika pakaian lama masih elok. Tidak baik membazir!

Perbanyakkan Zikrullah dan Doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad pada bila masa dan dimana sahaja. Kita juga digalakkan untuk memulakan sesuatu perkara dengan berzikir dan berdoa, begitu juga setelah selesai perkara tersebut.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Memakai wangi-wangian

Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum mengerjakan solat. Namun, wangian tersebut haruslah dipakai sekadar keperluan. Jangan pula pakai secara berlebihan kerana takut menganggu jemaah lain.

 Berselawat

Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Perbanyakkan solat sunat

Kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib. Selain itu, kita juga sebolehnya digalakkan untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyak beribadah.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

"Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik" Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .
Isu Semasa

“Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik” Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .

0
Suami Hadiahkan Seekor Kuda, Intan Najuwa Dapat Seekor kuda sempena hari lahir
Isu Semasa

Suami Hadiahkan Seekor Kuda, Intan Najuwa Dapat Seekor kuda sempena hari lahir

0
“Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak try laki kita sendiri”
Isu Semasa

“Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak try laki kita sendiri”

0
Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas
Isu Semasa

Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM1500 Dibayara Pada Bulan Ini – Semak Sekarang
  • Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan Oleh Kerajaan – Semak Sekarang
  • MySTR Fasa Keempat : Akan Diberikan Lebih Awal Kepada Rakyat
  • Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Tarikh Bayaran RM600
  • Bantuan Suri Rumah RM480 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini
  • Tarikh Pemabayaran Gaji September 2023 Penjawat Awam ( Semak Sini )
  • Senarai Kategori Penerima Bantuan Sebanyak RM 900 Dan RM 1200 : Semak Kelayakan Sekarang
  • TERKINI : Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE) – JKM
  • Bantuan Lesen Motor Dan Kereta Percuma Untuk Rakyat Malaysia : Mohon Sekarang
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • STR Tambahan : Bayaran RM600 Kini Telah Dikreditkan Berperingkat – Semak Kelayakan Anda
  • TERKINI : CEO KWSP Benarkan Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2
  • MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori
  • E-Dompet : Bantuan Istimewa E-Tunai RM100 Untuk M40 & B40 – Mohon Sekarang

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×