Pengenalan
Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf ( فوُِخلُخلا ) bagi bulandan kusuf ( فوُِخلخلك ُل )bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Gerhana berlaku bukanlah kemurkaan Allah
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Pendalilan
Dalilnya : Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari
tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan
itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka
jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah,
bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Dalilnya : Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara
tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh
Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya
tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia.
Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan
berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
HUKUM SOLAT GERHANA
- Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.
CARA-CARA SOLAT
- Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.
- Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.
- Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara . Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara yang paling ringkas.
- Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Disebut dengan “ الكمال أدنى ”
- iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.
- Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.
- Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).
- Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).
- Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
- Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.
- Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara yang paling sempurna.
- Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.
- Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.
- Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
- Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
- Disunatkan mandi sebelum solat.
- Bilal Menyeru :
” الصـلةجامـعة ” - Berdiri lurus mengadap kiblat.
- Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
اصل ىسنةخسوفالقمرركـعتينمـأمومـالله تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
- Lafaz niat untuk gerhana matahari
اصل ىسنة كسوفالشمسركـعتي مـأمومـاللهتعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
- Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
- Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
- Baca al-Fatihah dan Surah.
- . Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti
- Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
- Baca al-Fatihah dan Surah.
- Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
- Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
- Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
- Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
PERINGATAN :
- Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
- Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
- Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
- dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).