Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Apa Kita Ada Sekarang Ini, Nikmat ATAU Azab?

by Ms Admin Wani
June 18, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan
Reading Time: 4 mins read
0
Apa Kita Ada Sekarang Ini, Nikmat ATAU Azab?

Apakah itu ‘istidraj’?

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Menurut Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyah pula, istidraj secara bahasa diambil daripada perkataan ‘da-ra-ja’ (درج) yang bermaksud naik dari satu tingkat ke tingkat selanjutnya.. Namun, lebih dikenal sebagai istilah azab yang berupa kenikmatan. Dalam Alquran pembahasan mengenai istidraj dibahas pada Surat Al-An’am ayat 44 yang berbunyi sebagai berikut.

فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَٰبَ كُلِّ شَىْءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُوا۟ بِمَآ أُوتُوٓا۟ أَخَذْنَٰهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُو

Fa lammā nasu mā żukkiru bihī fatahnā ‘alaihim abwāba kulli syaī`, hattā iżā farihu bimā utū akhażnāhum bagtatan fa iżā hum mublisun

 Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tidak disangka-sangka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.

 

Manakala istidraj daripada Allah S.W.T. terhadap hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Ia juga bererti Allah S.W.T. membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya.

Firman Allah dalam surah surah Al-Qalam, ayat 44 yang bermaksud:

“Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.”

CIRI-CIRI ISTIDRAJ

Secara konsepnya, istidraj adalah suatu keadaan di mana Allah tidak menyegerakan azab atau hukuman kepada hambaNya yang berdosa dan melakukan maksiat, sehingga menyebabkan individu tersebut terus-menerus melakukan perkara yang mungkar.

Diberi Nikmat Duniawi Melimpah Ruah Padahal Keimanan Terus Menurun

Malah, ada juga diuji dengan ‘nikmat’ berterusan yang diberikan kepadanya seperti

  • Kekayaan
  • Wang ringgit yang tidak habis dibelanja,
  • Rupa paras yang amat cantik
  • Kedudukan yang tinggi di mata masyarakat
  • Pelbagai kesenangan di dunia meskipun dia sering bergelumang dengan dosa dan tidak bertaubat.

Kesemua itu adalah sebagai ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya bersyukur atau kufur dan terus hanyut dengan kesenangan dunia.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat Allah S.W.T. memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepadaNya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah S.W.T.”

Riwayat Ahmad (17311), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4220) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (8/110).

 Sentiasa Merasa Ketenangan

Ciri lain mengalami istidraj adalah merasakan ketenangan seperti;

  • Merasa semua dalam keadaan baik saja walaupun tidak solat
  • Tidak merasa bersalah atau gelisah saat lalai menjalankan ibadah
  • Melakukan kegiatan yang sifatnya maksiat.
  • Tidak merasakan penyesalan sedikit pun dalam hati setelah melakukan hal yang telah disebutkan di atas.

Sesungguhnya itu adalah dugaan hidup yang berat apabil merasa tenang disaat mengalami hal seperti ini dalam hidup. Pada hari ini, telah banyak situasi seperti ini yang berlaku di hadapan mata kita, sama ada kita sedari ataupun tidak. Tidak mustahil jika ada antara kita yang pernah berfikir dan mempersoalkan tentang kehidupan orang lain yang dilihat amat berjaya dan mempunyai pelbagai nikmat dan kesenangan dunia, sedangkan individu itu sering melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.

Sesungguhnya, siapalah kita untuk menilai setiap kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya, kerana setiap yang berlaku itu mempunyai pelbagai hikmah yang tersirat yang tidak kita ketahui. Allah berfirman dalam

surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud:

“Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan.

Terlalu Bangga Kerana Jarang Jatuh Sakit

Sakit adalah hal yang lumrah terjadi pada manusia kerana kesihatan dan cuaca terkadang mengalami perubahan yang cukup fluktuatif terlebih dengan aktifitas harian manusia yang padat. Tentu ada masanya system imun menurun dan menyebabkan sakit. Namun untuk orang-orang yang sedang mendapatkan ujian istidraj biasanya jarang jatuh sakit karena hikmah dari sakit salah satunya adalah meringankan kita dari dosa-dosa yang kita lakukan.

Imam Syafi’I pernah mengatakan mengenai perkara ini bahwa:

“setiap orang pasti pernah mengalami sakit suatu ketika dalam hidupnya, jika engkau tidak pernah sakit maka tengoklah ke belakang mungkin ada yang salah dengan dirimu.”

Sakit juga merupakan nikmat yang diberikan Allah SWT. Saat sakit, dosa-dosa berguguran dan doa dikabulkan. Namun, jika kamu merasa jarang sakit dan sering melakukan maksiat atau kurang beribadah, bisa jadi itu juga merupakan istidraj. Karena sesungguhnya, sakit merupakan ujian dari Allah SWT agar hambanya selalu mengingat-Nya dan memohon kesembuhan pada-Nya.

Marilah kita bertanya kepada diri sendiri dan nilaikan sendiri mengenai kehidupan kita. Jika kita sedar bahawa kita sering melakukan perkara-perkara mungkar yang dimurkai Allah dan dibenci Rasullullah, namun kita masih diberikan pelbagai nikmat kehidupan yang tidak putus-putus, itu bererti semuanya hanyalah istidraj atau tipu daya.

Rezeki Meningkat Walaupun Selalu Mengabaikan Solat

Namun, orang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepadaNya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj.

Ibnu Athaillah berkata 

“Hendaklah engkau takut jika selalu mendapat karunia Allah, sementara engkau tetap dalam perbuatan maksiat kepada-Nya, jangan sampai karunia itu semata-mata istidraj oleh Allah”.

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN

Ia adalah semata-mata untuk menguji keimanan kita; sama ada kita akan terus hanyut dengan arus dosa dan noda atau kembali kepada jalan yang diredhaiNya. Kurniaan Allah kebiasaannya diisi sebelum dan selepasnya

  • Ketaqwaan melakukan solat malam
  • Kebaikan rajin bersedekah
  • Ketaatan rajin melakukan solat Dhuha

Hal seperti itu yang kemudiannya Allah S.W.T. melimpah ruahkan rezekinya. Maka, itulah yang kita namakan sebagai kurniaan atau karamah.

Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT selaras dengan firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” – Surah Ali Imran, ayat 102.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan - Permohonan Dibuka
Bantuan Kerajaan

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan – Permohonan Dibuka

0
Bantuan RM100 Telah Dikreditkan
Bantuan Kerajaan

Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam Akaun Penerima

0
BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40
Bantuan Kerajaan

BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40

0
Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023
Bantuan Kerajaan

Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • STR 2024 : Tarikh Permohonan & Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
  • TERKINI : Permohonan Bantuan Khas RM300 Sebulan Untuk Golongan ( B40 )
  • Bantuan Tunai RM2,700 Secara One-Off Akan Diberi Kepada Kategori B40, Ini Adalah Maklumat Penuh & Syarat Kelayakan
  • Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan
  • Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Hari Ini
  • Bantuan Tambahan Khas RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia ! : Semak Sekarang
  • Rasmi : Bantuan RM100 Kini Telah Dikreditkan Kedalam Akaun Penerima
  • TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Pada Tahun 2024
  • MY STR 2024 : Kadar Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori Penerima – Semak Sekarang
  • Ini Adalah Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh Bayaran
  • RM1000 Tambahan Buat Penerima STR Fasa 4
  • Bantuan Kerajaan RM1,000 Ini Ramai Yang Tak Tahu
  • Bantuan RM500 Sebulan Untuk Rakyat B40 : Mohon Sekarang
  • TERKINI : Pengeluarah KWSP Akaun 1 Yang Akan Diluluskan – Semak Sekarang
  • Permohonan Bantuan RM1200 MySara 2024 : Pendaftaran Online Kini DIbuka

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×