Apa Nak Buat Ketika Nampak Hantu? – Ustaz Azhar Idrus

Doa halau hantu syaitan:

Bila kita terdengar suara hantu tapi belum nampak hantu itu, baca ayat ini, InsyaAllah tidak akan diganggu oleh hantu syaitan :

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون

Maksud : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sangat sempurna dari segala makhluk (yang jahat) dan daripada syaitan (hantu) daripada mereka datang kepada aku.

Tapi bila hantu telah menjelma di hadapan kita, baca ayat ini 3 kali:

العنك بلعنة الله

Maksudnya : Aku laknat kamu dengan laknat Allah.

Doa ni Rasulullah yang ajar kita. InsyaAllah hantu itu akan lari. Kalau hantu tu tak lari juga, itu hantu mabuk pil kuda 🙂 Kena hafal lah doa ni. Takkan bila hantu dah menjelma depan muka baru nak buka CD kuliah. Nanti hantu tu kata “tak sempat dah bohhh” 🤣

Cara Menghadapi Orang Kena Rasuk

Letakkanlah tangan kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan jin tersebut kemudian membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini :

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) :
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) :
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) :
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) :
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) :

Apa Nak Buat Ketika Nampak Hantu? – Ustaz Azhar Idrus
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) :
7. Surah Al-‘Imran ( ayat 18-19 ) :
8. Surah Al-A’raf ( ayat 54-56 ) :
9. Surah Al-A’raf ( ayat 117-122 ) :
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) :
11. Surah Thaha ( ayat 69 ) :
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) :
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 ) :
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 ) :
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) :
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 ) :
17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 ) :
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) :
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) :
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 ) :

Ayat2 ruqyah di atas ini sangat berpengaruh pada jin sehingga akan menghalau dan menjauhkannya atau menghadirkannya.

Cara Selepas perawatan dilakukan

Cara untuk mengetahui hadirnya jin. Untuk mengetahui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :

  • Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.
  • Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
  • Meronta-ronta dengan kuat.
  • Memekik atau menjerit.
  • Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :

  • Siapa namamu?
  • Apakah Agamamu?
  • Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
  • Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
  • Di manakah kamu berada di dalam tubuh ini?


Jom Bantu Share Artikel Ini
×