Baca Doa & Wirid Ketika Masak Boleh Berikan Barakah Dalam Masakan.

Orang kata kalau makan di restoran lima bintang sekalipun, masakan ibu juga yang paling sedap di dunia. Bukan sahaja bahan yang mainkan peranan, tapi kasih sayang dan ikhlas si ibu yang buatkan makanan tersebut menjadi sedap. Kalau nak makanan tersebut jadi lebih sedap dan berkhasiat, para ibu digalakkan untuk berdoa dan wirid ketika memasak. Confirm anak dan suami tambah berkali-kali.

Ustaz Kongsi Doa Dan Wirid Untuk Para Ibu Ketika Memasak

Dipetik daripada Ustaz Ahmad Farkhan Daie, Kitab Mudzakarah Masturat merupakan amalan para ulama. Ianya bukanlah satu kewajipan tetapi boleh memberikan barakah pada masakan jika kita lakukannya dengan wirid dan doa.

Doa dan wirid ketika memasak adalah:

  • Sebelum memasak, lebih baik berada dalam keadaan berwuduk dan telah solat sunat dua rakaat.
  • Ketika masuk ke dapur, baca ayat 10 dari Surah Al-Kahfi iaitu;

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.

  • Ketika mahu mengambil beras, baca ayat 96 dari Surah An-Nahl iaitu;

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Maksudnya: Apa yang di sisi mu akan lenyap, dan ada yang disisi Allah akan kekal.

  • Ketika mahu letak beras dalam periuk, baca doa;

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.

  • Mahu mencuci beras, baca doa;

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik daripadanya.

 

  • Nak letak air dalam beras, baca;

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

  • Doa ketika mengacau makanan, kacau lawan arah kanan dan jam iaitu ikut putaran tawaf;

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Maksudnya: Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah

  • Ketika potong sayur atau daging, baca ayat 71 dari Surah Al-Baqarah;

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

Maksudnya: Lalu mereka menyembelihnya, dan nyaris mereka tidak melaksanakan (perintah) itu.

  • Ketika basuh sayur, baca doa;

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

Maksudnya: Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah.

  • Semasa memasak, amalkan baca ayat 200 dari surah Al-Imran;

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

Maksudnya: Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Kenapa perlu baca doa dan wirid ketika memasak?

Tujuan membaca doa dan wirid ketika masak ini adalah sebagai salah satu ikthiar untuk para ibu dan isteri dalam membentuk sebuah keluarga yang soleh dan bahagia. Dengan sentiasa berdoa dan wirid, secara tidak langsung ibu-ibu boleh melembutkan hati anak supaya sentiasa mendengar kata dan tidak menjadi degil. Malah mudah untuk menerima ilmu dengan baik.

Manakala untuk para suami pula, doa dan wirid isteri ketika memasak boleh menjadikan hubungan suami isteri lebih erat dan bahagia. Malah tidak mudah untuk rosak disebabkan gangguan orang luar atau salah faham dalam hubungan. Selepas ini, ibu-ibu atau isteri boleh cuba amalkan doa dan wirid ketika memasak. InshaAllah anak-anak akan menjadi anak yang baik serta mendengar kata dan suami menjadi suami yang soleh.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×