Seperti yang diketahui, setiap anak Adam pasti pernah melakukan dosa yang kita tak jangka. Sebaik-baiknya kita menyesali dosa yang dilakukan dengan cara taubat nasuha lebih lebih lagi di Bulan Ramadhan yang mulia ini.
Allah SWT sangat menyukai hambanya yang bertaubat. Satu-satunya pintu yang tidak akan tertutup ialah pintu taubat kepada Allah SWT.
Pelaku taubat itu akan rasa malu, sentiasa mengalirkan air mata dan menyesal akibat dosa yang dilakukan pada masa lalu.
Solat taubat mesti dilakukan selalu sehingga hati terasa lapang,luluh, rasa bersih, barulah rajin nak beribadat. Bila kita mendengar nasihat, hati macam seronok dan tidak mahu lagi buat dosa-dosa lama. In Shaa Allah itu tandanya taubat Allah sudah terima. Solat taubat seeloknya dilakukan pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh atau waktu sunyi malam. Kita haruslah membersihkan diri seperti mengambil wuduk dan memakai wangi-wangian (bagi lelaki).
Bila sudah siap berdiri, Istighfar dulu kemudian membaca seberapa zikir dan istighfar sampai hati betul-betul tenang.. Kemudian barulah berniat:
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala”
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala)
1.Baca doa Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
2. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yang tak hafal Surah ini, boleh baca Surah al-Ikhlas)