Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara bantuan yang diperkenalkan ialah Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan:-
Bantuan e-Tunai RM100
Pada Majlis Pelancaran “Ekonomi Awam: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia yang layak.
Bantuan Kredit e-Tunai ini akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas daripada B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Inisiatif ini melibatkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima.
Tarikh pembayaran
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, Bantuan e-Tunai ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini atau pada Oktober 2023.
“Bantuan e-tunai ini akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima termasuk kumpulan B40 dan M40,” kata kenyataan itu.
Pada masa sama, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif itu merupakan usaha yang sangat baik untuk melatih rakyat menangani masyarakat tanpa tunai yang menggunakan semua aplikasi dalam perbelanjaan.
“Bagi sesetengah orang, RM100 mungkin nampak kecil tetapi konsep ini penting untuk mendidik rakyat demi ekonomi masa depan,” katanya.