Untuk makluman, kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kebajikan (BINGKAS) pada tahun sebelumnya. Atas dasar keprihatinan kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pemberian ini untuk memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.
Melalui bantuan khas ini, mereka yang layak akan menerima bantuan ewallet berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Insentif tambahan ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan rumah di pasar raya dan kedai runcit berdaftar.
Objektif utama program bantuan ini dilancarkan adalah untuk membantu meringankan beban dan mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang menyara sesebuah keluarga. Program ini telah meluaskan jangkauan dan bertambah baik daripada program (KISS) dan (KISS IT).
Dengan inisiatif ini, bukan sahaja ibu-ibu malah sebuah keluarga dapat memanfaatkan bantuan bulanan bagi meringankan beban kewangan mereka. Peruntukan inisiatif BINGKAS ini menyasarkan sekitar 30 ribu isi rumah dengan kadar bantuan RM300 sebulan.
SYARAT PENDAFTARAN BANTUAN EWALLET BINGKAS 2023
Di bawah adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memohon bantuan khas RM300 ini seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah bulanan semasa tidak melebihi RM3,000 (B40)
- Lahir di Selangor atau sudah lebih 10 tahun menetap di negeri itu
- Merupakan pengundi berdaftar.
CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN EWALLET 2023
Bagi mereka yang berada dalam kategori layak dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan cara memohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi BINGKAS – DI SINI
Untuk kemudahan yang disediakan, anda juga boleh mendaftar permohonan melalui aplikasi Selangkah. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App store telefon pintar secara percuma.