Bantuan eTunai RM300 Mula Dikreditkan Hari Ini

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bantuan ini disediakan melalui pelbagai kementerian atau pejabat di peringkat persekutuan atau negeri mengikut mandat dan objektif masing-masing.

Salah satunya melalui BINGKAS iaitu bantuan kewangan dalam bentuk tunai elektronik sebanyak RM300 sebulan.

Join Group Whataspp

Berikut adalah penjelasan mengenai Bantuan Tunai Elektronik ini:-

Bantuan eTunai RM300

Bantuan e-tunai RM300 itu merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor menerusi Pelan Belanjawan Negeri 2023.

Faedah utama bantuan ini ialah setiap penerima yang layak yang permohonannya diluluskan secara automatik akan menerima RM300 dalam bentuk e-tunai sebulan.

Baca Juga : Ujian Memandu Percuma

Syarat Kelayakan

  • Rakyat Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pengundi berdaftar Selangor;
  • Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah;
  • Keluarga berpendapatan bulanan bawah RM3,000.

bantuan bingkas

Cara Permohonan

Bagi mereka yang memenuhi syarat, bantuan ini boleh dilakukan secara dalam talian di portal rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Proses pendaftaran melalui STEP adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi dan klik pada BINGKAS;
  2. Isi borang dengan maklumat yang sesuai dan klik “Teruskan”;
  3. Muat turun fail yang ditentukan;
  4. Klik “Hantar”
  5. Jika pendaftaran berjaya, pemohon akan dimaklumkan lulus atau gagal dalam masa terdekat

Mengenai cara penggunaan, anda boleh lakukan mengikut cara berikut:

  1. Pergi ke kedai yang berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  2. Pilih produk yang anda ingin beli;
  3. Juruwang akan mengimbas ID penerima dalam aplikasi SEANGKAH untuk pengesahan;
  4. Juruwang akan imbas barang berdasarkan item yang disenaraikan di bawah BINGKAS;
  5. Penerima klik pada kad BINGKAS pada aplikasi;
  6. Penerima perlu tekan”PAY” dan memilih akaun BINGKA;
  7. Penerima memasukkan kata laluan 6 digit untuk mengesahkan pengaktifan kod QR;
  8. Juruwang mengimbas kod QR untuk membayar.

Maklumat lebih lengkap tentang bantuan ini boleh didapati di portal rasmi – di sini.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×