Terkini: Bantuan Raya Aidilfitri RM500 Tahun 2022 Untuk Rakyat Malaysia

 

Berita baik untuk semua penjawat awam yang Gred 56 dan ke bawah, kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada mereka yang terlibat.

 

Kami di DigitalMukmin akan kongsikan kepada anda maklumat terkini mengenai bantuan Khas Aidilfitri yang diumumkan oleh Kerajaan ini.

 


Golongan Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500

 

Semua penjawat awam yang bergred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP layak untuk menerima bantuan khas Aidilfitri ini.

 


Bantuan Khas RM250 Pesara Kerajaan

 

Kerajaan juga akan memberikan bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan.

 


Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri

 

Bayaran bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

 

Bantuan ini melibatkan kos sebanyak RM923 dan akan memberi manfaat kepada 2 juta penjawat awam dan pesara.

 

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

 


Pengumuman Bantuan Khas Aidilfitri Lebih Awal

 

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini dibuat lebih awal sebagai langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×