Bantuan Ibu Bersalin RM450. Tahukah anda Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) mempunyai bantuan khas untuk ibu yang baru bersalin.
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan bantuan ini.
Mohon Juga :
Bantuan Ibu Bersalin RM450 (BIB)
Menerusi penyerahan Belanjawan Negeri 2020 pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4hb November 2019, Ketua Menteri Sarawak YAB mengumumkan bantuan khas sebanyak RM450 untuk ibu yang baru bersalin bermula 1 Januari 2021.
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah mentadbir bantuan ini.
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat permohonan:
- Rakyat Malaysia
- Ibu dengan Kad Pengenalan Sarawak Status “K” atau Isteri dengan Kad Pengenalan Sarawak Status “K” (Sarawak Connection)
- Kelahiran bayi di dalam atau di luar Sarawak
Pendaftaran hanya boleh dilakukan dari 22 minggu ke atas kehamilan hingga 3 bulan selepas bersalin.
Fail/ Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa memohon:
- Salinan kad pengenalan ibu
- Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga
- Salinan sijil nikah jika pemohon berstatus “K”.
- Salinan buku rekod kesihatan ibu
- Salinan buku akaun/ penyata akaun
- Salinan rekod pelepasan atau sijil kelahiran bayi
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online atau manual.
Permohonan dalam talian boleh dilakukan melalui iSarawakCare – Mohon Sini
Permohonan manual boleh didapati daripada borang permohonan di sini atau boleh didapati di mana-mana jabatan/pejabat kebajikan masyarakat daerah/pejabat daerah/Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) KWKPK Sarawak (Kuching sahaja)
Borang tersebut kemudiannya boleh diserahkan di mana-mana jabatan/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Pejabat Daerah/Bahagian Pendaftaran Negara (JPN) KWKPK Sarawak (Kuching sahaja)
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat Sokongan Kesuburan, Jabatan Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWPK:
E-mel: [email protected]
Talian Utama: 082-442050