Buat pengetahuan anda, kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah memperkenalkan sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).
EFS merupakan sebuah simpanan untuk anak-anak kelahiran Sarawak yang memberi bantuan untuk anak-anak Sarawak sebagai persediaan demi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Mohon Juga : Tambahan Bantuan RM600
Jumlah Bantuan EFS
Bantuan yang diberikan sebanyak RM1000 dan dalam bentuk simpanan
-
- Syarat Kelayakan Bantuan EFS
- Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
Bagaimana Pula Dengan Kategori Anak Angkat?
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
- Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
Cara Mohon Bantuan EFS
Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:
- Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
- Salinan sijil lahir bayi
- Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”
**Setiap Salinan wajib disahkan oleh pegawai JPN
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050