Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya ialah pemberian di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Salah satunya ialah bantuan kewangan sehingga RM1,000 sebulan kepada mereka yang layak. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan kerajaan:
Bantuan Kewangan BKK
Bantuan Kanak-Kanak atau BKK ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan bertujuan untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak/anak atau membantu anak/anak yang tidak mempunyai/kehilangan penjaga agar mereka dapat meneruskan kehidupan bersama keluarga.
Mereka juga diharap dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat mereka
Kadar bantuan ini adalah sekurang-kurangnya RM150 hingga maksimum RM1,000:
- RM200: Umur 6 tahun ke bawah
- RM150: Umur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1,000: Kadar maksimum untuk sebuah keluarga
Syarat kelayakan
- Warganegara dan penduduk Malaysia;
- Keluarga/penjaga yang menjaga anak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
- Kemiskinan (PGK) Garis Kemiskinan Purata Isi Rumah Semasa atau Purata Pendapatan Garis Kemiskinan Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun;
- Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika mereka bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas.
Cara memohon
Kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKK boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan/Bahagian seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Dokumen lain yang berkaitan.
Untuk maklumat lengkap berkaitan skim bantuan ini, bolehlah diselidik di Portal Rasmi JKM – DI SINI.