Bantuan kewangan RM180 untuk meringankan beban. Dalam Bajet 2023, Madani Malaysia berasaskan enam perkara: Kemampanan, Kesejahteraan, Kreativiti, Hormat Menghormati, Keyakinan dan Kesopanan.
Justeru, pembangunan tema MADANI untuk Bajet 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan komprehensif berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tadbir urus yang baik.
Bantuan Kewangan RM180
Untuk makluman, salah satu inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini ialah bantuan kos subsidi sebanyak RM180. Insentif bantuan khas dan subsidi dikeluarkan setiap bulan bagi mengurangkan beban penjawat awam yang mempunyai anak di taska.
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha taska oleh agensi yang pegawai berkhidmat.
Had kelayakan pendapatan isi rumah bulanan pekerja perkhidmatan awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.
Sekiranya kadar yuran seorang anak melebihi RM180.00 sebulan, bakinya ditanggung oleh pegawai yang berkenaan.
Syarat Kelayakan
Berikut adlaha syarat dan kriteria kelayakan untuk penerima bantuan RM180.
- Hanya terbuka kepada warganegara Malaysia
- Kanak-kanak berumur bawah empat (4) tahun pada hari pendaftaran taska
- Penjawat awam berpendapatan kurang RM7,000 sebulan
- Hanya taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh memohon
Cara Memohon Bantuan Kewangan RM180
Pegawai yang ingin menerima subsidi ini hendaklah memohon kepada Bahagian Sumber Manusia atau jabatan agensi kerajaan pegawai yang menyelaraskan urusan TASKA.
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada borang permohonan.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan institusi berkenaan dan dokumen sokongan berikut:
- Salinan slip gaji
- Salinan sijil lahir anak/MyKid
- Salinan sijil kelahiran anak/MyKid dan sijil pengangkatan daripada Daftar Negara (jika mengambil/mengasuh anak)
- Salinan sijil kelahiran anak/MyKid dan dokumen yang menunjukkan hubungan dengan anak (jika anak tiri)
- Salinan slip gaji pasangan
- Bagi pasangan yang tidak berkhidmat dengan kerajaan, sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau maklumat berkaitan hendaklah disahkan oleh ketua jabatan.
- Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A untuk mendapatkan “Borang Permohonan Subsidi Yuran Penjagaan Anak”.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/subsidiyurantaska.html