Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan e-tunai kepada orang dewasa. Perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Pelancaran Ekonomi: Memperkasakan rakyat.
Apa yang menarik, insentif khas ini akan diberikan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun ini. Pendapatan bawah RM100,000 setahun adalah syarat utama, dan secara tidak langsung golongan B40 dan M40 layak mendapatkannya.
Kadar yang dimaklumkan ialah RM100 sekali sahaja. Mereka yang layak boleh menuntut kredit e-tunai ini melalui aplikasi edompet terbabit. Perkara ini akan dimaklumkan dalam pelaksanaan nanti.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS E-TUNAI
Kerajaan mengumumkan inisiatif khas ini akan mula dilancarkan dan boleh ditebus oleh rakyat pada suku keempat 2023. Ini bermakna bantuan akan dilaksanakan seawal Oktober dan selewat-lewatnya Disember.
Berdasarkan inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun ini, berkemungkinan tarikh pembayaran e-tunai lebih awal. Segala maklumat terkini berkaitan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.
KELAYAKAN E-TUNAI RM100
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan istimewa RM100 ini seperti:
- WargaNegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan RM100,000 dan ke bawah (Setahun)
- Kumpulan B40 & M40
BAGAIMANA NAK TEBUS KREDIT E-TUNAI
Untuk makluman, dijangkakan cara menebus kredit e-tunai RM100 ini akan dilakukan sama seperti bantuan eBeliaRahmah. Di mana setiap individu boleh membuat tuntutan secara dalam talian melalui aplikasi e-wallet seperti Touch N Go ewallet, Boost, Setel dan sebagainya.