Bantuan Khas Musaadah Khaira | Kita semua sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID 19 telah dilanjutkan sehingga 14 April. Ramai yang terkesan dengan PKP yang ditetapkan, namun demi kebaikan Malaysia semua rakyat perlu mematuhinya.
Untuk makluman anda, terdapat satu inisiatif yang dilancarkan pada 1 April 2020 oleh PPZ – MAIWP iaitu Bantuan Khas Musaadah Khaira bagi meringankan beban orang yang terkesan dengan PKP. Dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta oleh PPZ-MAIWP untuk membantu warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, agama dan juga bangsa.
Digital Mukmin akan kongsikan kepada anda mengenai bantuan ini dan bagaimana untuk memohon bantuan ini.
BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ
Untuk makluman anda semua, bagi permohonan yang yang berjaya anda akan diberikan bantuan “one off” sebanyak RM300. Dibawah ini akan disenaraikan syarat kelayakan bagi memohon Bantaun Musaadah Khaira PPZ serta langkah – langkah untuk memohon.
SYARAT KELAYAKAN MOHON MUSAADAH KHAIRA PPZ
Dibawah ini adalah syarat kelayakan bagi memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 20 tahun dan keatas
- Pemohon dibawah Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
- Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
CARA MEMOHON
Permohonan bagi bantuan ini hanya dibuka secara atas talian dengan melayari laman rasmi Musaadah Khaira mulai 1 April. Dibawah ini merupakan panduan langkah – langkah untuk membuat permohonan :
-> musaadahkhaira.zakat.com.my
DOKUMEN SOKONGAN
Semasa anda memohon bantuan ini, anda perlu sertakan dokumen sokongan yang perlu dimuat naik. Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan
- Bagi yang bekerja – Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja / Slip Pendapatan atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang berkenaan
- Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon perlu lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
Muat naik dokumen sokongan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dan masukkan ke dalam borang permohonan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
Anda boleh menyemak status permohonan anda di laman utama Musaadah Khaira dengan hanya memasukan nombor kad pengenalan anda. Jika anda berjaya, bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
TUJUAN BANTUAN KHAS MUSAADAH KHAIRA
Bantuan Khas Musaadah Khaira ini adalah khas untuk warganegara Malaysia yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan dengan tujuan:
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
- Menyahut seruan YB Senator Datuk Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapat sebarang kemaskini atau mempunyai pertanyaan mengenai permohonan, anda boleh mengikuti medium seperti berikut :
- Facebook Page: Khaira PPZ
- Laman web rasmi Musaadah Khaira PPZ