Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melancarkan program bantuan lesen memandu percuma yang diselaraskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membolehkan orang ramai mendapatkan lesen memandu secara percuma.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan ini dan cara memohon.
Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen)
Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen merupakan bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan mendapat lesen motosikal secara percuma.
Semua kos untuk membuat lesen akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Awam 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk meningkatkan kehidupan B40 dan membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan.
Syarat Kelayakan & Permohonan Bantuan Lesen Memandu
Kelayakan dan syarat permohonan adalah seperti berikut:
- WargaNegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat badan dan minda
- Belum mempunyai sebarang lesen memandu
- Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
- Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Kumpulan B40
- Tanggungan penerima bantuan layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan untuk bukti syarat yang ditetapkan.
- Muat turun Borang Permohonan Bantuan Lesen Memandu
Maklumat Lanjut Bantuan Lesen Memandu
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau ke saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berserta butiran pengadu dan butiran aduan.