Bantuan Prihatin Elektrik – Dapat Diskaun RM231!

BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK TNB DI KREDITKAN DALAM BIL JULAI 2020

Sesebelum ini rakyat Malaysia mendapat bantuan BPN, kali ini BPE pula ! Sebanyak RM231 atau RM77 sebulan diskaun bil elektrik bulan April 2020 sehingga Jun 2020 di kreditkan dalam bil elektrik pengguna domestik pada Julai 2020 ini. Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) ini merupakan diskaun atau di kenali sebagai bantuan tambahan daripada kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia di kejutkan dengan bil elektrik yang melanbung pada masa PKP, kali ini , BPE pastinya berita baik ini dapat melegakan hati rakyat Malaysia.

7 Tentang Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Yang Perlu Tahu !

1. MAKSUD BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) adalah diskaun sebanyak RM77 sebulan,  iaitu penggunaan elektrik pengguna domestik sebanyak 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP (April – Jun 2020)

Ianya adalah diskaun tambahan, dan diskaun sedia ada 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020 ini tidak terjejas.

2. BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK DAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Beza ye BPE dan BPN walau keduanya merupakan bantuan dari kerajaan. BPE untuk membantu pengguna domestik untuk diskaun elektrik manakala BPN merupakan bantuan diskaun mengikut penggunaan seperti yang di war-warkan dalam Diskaun Rangsangan Ekonomi  sehingga 31 Disember 2020. Seperti jadual di bawah :-

JUMLAH PENGGUNAANJUMLAH BILDISKAUN
1 – 200 kWjRM 0.22 – RM 43.6050%
201 – 300 kWjRM 43.93 – RM 77.0025%
301 – 600 kWjRM 77.52 – RM 231.8015%
601 – 900 kWjRM 232.35 – RM 395.60
* Diskaun April, Mei & Jun dimasukkan ke dalam bil Julai secara sekali gus
2% + *8%
> 900 kWjRM 396.17 ke atas2%

3. KELAYAKAN BPE

Kelayakan BPE adalah untuk pengguna domestik pelanggan TNB

4. MACAM MANA NAK TAHU SAYA LAYAK MENERIMA BPE ATAU TIDAK?

Kelayakan ini automatik, tidak perlu permohonan atau pun rayuan memohon

5. BAGAIMANA DENGAN PENGGUNA SMART METER

Selagi pengguna adalah pelanggan domestik TNB, semua layak

6. BAGAIMANA DENGAN PELANGGAN KOMERSIAL ?

Pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga Disember 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Semua pelanggan domestik akan menikmati bantuan tambahan BPE. Di bawah Bantuan Prihatin Elektrik, kesemua 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang mempunyai akaun dengan TNB akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama. Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM231 bagi tempoh 3 bulan tersebut.

Maklumat Bantuan Prihatin Elektrik

Maklumat bantuan prihatin elektrik

Nota:

  • Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil Julai 2020
  • Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020
  • Untuk penggunaan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga Disember 2020

Muat Turun: Infografik Bantuan Prihatin Elektrik

7. BAGAIMANA BPE DI KIRA ?

Pelanggan kediaman boleh mengetahui jumlah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan dengan merujuk kepada penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dan bil Julai 2020 seperti contoh berikut.

atau RM

Masih tidak terima bil bacaan sebenar atau bil terkini (Julai 2020) tidak mempunyai diskaun BPE? Sila hubungi TNB sekarang !


Jom Bantu Share Artikel Ini
×