Kementerian Perumahan Dan Kerajaan (KPKT) masih membuka permohonan bantuan berjumlah sehingga RM 60,000 untuk membina rumah anda sendiri. Ia dinamakan sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini ditubuhkan khas untuk mereka berpendapatan rendah dengan objektif untuk meringankan beban golongan bersasar tersebut untuk memiliki rumah pertama mereka.
Kami di DigitalMukmin akan berkongsi info dan panduan penting dalam memohon bantuan ini. Sila baca sehingga habis maklumat dibawah untuk memudahkan urusan anda dalam memohon bantuan ini.
SYARAT KELAYAKAN
Dibawah merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan:
- Berumur 21 tahun sehingga 71 tahun dari tempoh permohonan
- Bukan pesara kerajaan atau kakitangan kerajaan
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri
- Belum memiliki rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000 sehingga RM 3,000 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau hak ahli keluarga sendiri
SYARAT PINJAMAN
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
- Had maksimum pinjaman ialah RM 60,000 tidak termasuk dengan perlindungan insurans
- Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran
- Caj perkhidmatan sebanyak 2% atass pinjaman
SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
- Mempunyai pendapatan minimum RM 1,000
- Bukan daripada pekerjaan kerajaan
- Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
- Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45-70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25-35 tahun
- Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon
SYARAT CAGARAN TANAH
Untuk tanah milikan secara pajakan, berikut ialah syarat yang dikenakan
- Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah.
- Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun sahaja.
SYARAT PEMBINAAN RUMAH
Berikut ialah syarat dan info penuh berkaitan pembinaan rumah :
- Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja
- Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700-1000 kaki persegi yang dilenkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.
- Kontraktor perlulah mengikut kawasan ADUN
- Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan
- Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000
CARA PERMOHONAN
Pengisian permohonan perlu dilakukan melalui borang. Anda perlu isi semua butiran yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh ajukan dan hubungi talian di bawah :
- Tel : 03-8000-8000
- Faks : 03-8891-4269
- Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara