Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Baru Lahir – Download Borang

Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan dana bantuan RM1,000 untuk kanak-kanak yang dilahirkan pada 2019.

Baca Juga : Bantuan Sara Hidup RM300

Bantuan ini juga merupakan simpanan khas untuk anak kelahiran Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Endowment Fund (EFS).

Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

EFS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan geran RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah bagi kelahiran setiap anak Sarawak mulai 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

Ia bertujuan membantu anak-anak Sarawak membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau menjadi modal perniagaan kecil.

efs rm1000

Kadar Bantuan EFS

Jumlah bantuan yang diberikan dalam bentuk simpanan ialah RM1,000.

Syarat Kelayakan Bantuan EFS

Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:

  1. Rakyat Malaysia
  2. Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  3. Seorang atau kedua-dua ibu bapa pemegang MyKAD mempunyai status “K”; (iv) Permohonan difailkan semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun kelahiran.

Kategori Anak Angkat

  1. Ibu bapa angkat atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”.
  2. Mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah

Cara Memohon Bantuan Anak RM1000

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak dengan membawa:

  • Borang Permohonan EFS – Muat Turun Borang
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan MyKAD/Biometrik Ibu atau Bapa berstatus “K”.

**Salinan mesti disahkan oleh pegawai JPN

bantuan anak efs

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari website rasmi di isarawakcare atau hubungi talian hotline KPWKK 082-442050

Jom Bantu Share Artikel Ini
×