Skim mySalam adalah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan untuk individu yang layak.
Objektif bantuan ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidap penyakit.
Bantuan RM700 tanpa permohonan
Untuk makluman, bantuan ini tidak memerlukan permohonan dan hanya diberikan kepada mereka yang layak sahaja.
Mereka yang layak akan mendapat manfaat seperti berikut:
Bayaran tunai RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari (RM700 setahun)
Bayaran tunai RM8,000 apabila disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal
Senarai penyakit kritikal boleh rujuk di SINI
Syarat Kelayakan Bantuan RM700
Bantuan ini diberikan kepada penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Program Bantuan Gaji (BSH), Program Bantuan Kebajikan Rakyat (BPR) dan Program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Semakan Kelayakan Bantuan RM700
Semakan kelayakan boleh dibuat di laman web MySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, hubungi mySalam di 1-300-888-938 atau e-mel [email protected]