Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan dari segi kewangan. Sebagai penghargaan kepada suri rumah, kerajaan memperkenalkan skim i-Suri KWSP yang menyediakan caruman bulanan RM480 kepada mereka yang layak.
Bagaimana cara memohon bantuan suri rumah secara online RM480 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
SYARAT KELAYAKAN MEMBANTU SURI RUMAH
Untuk memohon Elaun Suri Rumah RM480, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- WargaNegara Malaysia.
- Belum 60 tahun.
- Isteri Ketua Isi Rumah (KIR); atau
- Perempuan (KIR) Janda / Bercerai / Bujang.
- Indivivu ialah kumpulan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara
- (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
CARA PEMBAYARAN UNTUK SURI RUMAH
Terdapat tiga (3) kaedah pembayaran untuk Bantuan Suri Rumah seperti berikut:
- Tunai atau cek di kaunter resit KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN, dan RHB).
- Pemindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang ditetapkan (MBB dan PBB).
FAEDAH i-SURI KWSP
Dapatkan insentif kerajaan minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
- Terima dividen tahunan KWSP.
- Manfaat Kematian RM2500.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SURI RUMAH
- Bantuan Suri Rumah atau Caruman i-Suri akan dikreditkan ke Akaun KWSP dua kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.
SEMAKAN BANTUAN SURI RUMAH
Ikuti cara semak kelayakan Bantuan Suri Rumah seperti berikut:
Sila semak di portal rasmi eKasih di sini:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.
Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
Selesai. *Sekiranya nama anda tiada dalam data eKasih, sila datang ke Pejabat Kemajuan Negeri (PPN) untuk pendaftaran kes kemiskinan.
PERMOHONAN BANTUAN SURI RUMAH RM480
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan tersenarai dalam data eKasih serta berdaftar sebagai ahli KWSP, anda perlu ke kaunter di mana-mana cawangan KWSP berdekatan seluruh Malaysia untuk mengemukakan permohonan i-Suri KWSP (Sila bawa dokumen seperti di bawah)
Mykad dan salinan Mykad.
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja).
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (semasa pembayaran).
Selepas mendaftar, anda mesti membuat caruman minimum RM5 sebulan ke dalam akaun simpanan persaraan untuk melayakkan anda mendapat insentif Kerajaan sebanyak RM40 sebulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda.