Bantuan dalam bentuk wang tunai merupakan satu inisiatif yang berterusan setiap tahun. Ini kerana ia amat penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.
Atas sebab ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan ialah Bantuan Wang Tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan kewangan ini:
Bantuan RM200 seorang
Bantuan Latihan Perantis (BLP) akan membantu pelanggan Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari sekolah dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Kadar bantuan adalah sebanyak RM200 sebulan seorang.
Syarat kelayakan
Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni institusi kebajikan; atau
Cara Memohon Bantuan
Untuk makluman, seperti yang dinyatakan dalam syarat kelayakan – bantuan ini hanya terbuka kepada golongan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.
Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan JKM sedia ada, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
Jika mereka layak dan disenaraikan sebagai benefisiari, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.
Sepertimana geran lain di bawah JKM, permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Untuk maklumat lebih terperinci tentang bantuan ini, sila lihat Portal Rasmi JKM – DI SINI.