Bantuan Tunai RM200 – Bagi membantu golongan yang memerlukan, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan kewangan. Bantuan ini disalurkan melalui Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berkaitan, bergantung kepada kumpulan sasar dan skop tanggungjawab masing-masing.
BMT ialah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2023 untuk membantu golongan yang layak. Ia merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Berikut ialah maklumat lanjut tentang bantuan kewangan ini:
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan program yang diperkenalkan kerajaan melalui RISDA bagi membantu petani getah menghadapi masalah kewangan. Kerajaan mengumumkan bantuan ini akan dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 bagi setiap petani mulai 2023.
BMT bertujuan membantu pekebun kecil/penoreh getah yang layak mengatasi masalah kewangan semasa musim hujan.
- Syarat Kelayakan Bantuan Tunai RM200
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pemilik sah tanah untuk Pemilik Usahawan atau pengesahan daripada pemilik sah tanah untuk Penoreh
- Bukan Pemilik
- 1 Lot hanyalah pekebun kecil (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Kuasa Getah (PAT-G) yang sah (untuk Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Tarikh Pembayaran BMT
Untuk tempoh empat bulan, pekebun kecil yang membuat caruman musim tengkujuh sebanyak RM800 akan menerima bayaran secara berperingkat mengikut jadual di bawah:
- November 2023 – RM200
- Disember 2023 – RM200
- Januari 2024 – RM200
- Februari 2024 – RM200
Cara Semak Bantuan Tunai RM200
BMT akan dibayar dalam empat fasa bermula dari November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar kewangan RM200 (jumlah RM800).
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Maklumat lebih lengkap berhubung bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA DI SINI dan semakan kelulusan boleh dibuat di SINI.