Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.
Antaranya ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan.
Ini penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Kewangan RM200 & RM300
Dalam Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan RM200 dan RM300.
Bantuan Baru :
Bantuan kewangan akan diberikan kepada penerima berikut:
- RM200: Diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk pesara, pesara terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara pilihan yang masih belum menerima pencen, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
- RM300: Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Eksekutif Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan yang dilantik secara kontrak.
Selain itu, mereka yang berkhidmat sebagai pegawai Personel MySTEP juga layak menerima bantuan khas ini dengan syarat dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
Bayaran Bantuan
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Penghargaan akan dibuat pada 10 Ogos 2023.
Kaedah pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang memenuhi syarat kelayakan.
Bagi yang masih belum dapat bayaran ini, diminta untuk buat aduan ke pihak atasan. Harap maklum.