Bantuan dalam bentuk wang tunai merupakan satu inisiatif yang berterusan setiap tahun. Ini kerana ia amat penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.
Atas sebab ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan ialah Bantuan BMT. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan kewangan ini:
Bantun RM800
Bantuan Musim Tengjuh atau BMT ialah bantuan kewangan daripada Kerajaan. Di bawah Bajet 2023, kadar bantuan ini dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.
Objektif utama BMT adalah untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Syarat kelayakan
- Satu lot hanya seorang penerima (Petani Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
Petani Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja; - Petani Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengendalikan Lot Tanaman Getah)
Malaysia
Petani Kecil berdaftar dengan RISDA
Mempunyai jumlah keluasan pemilikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
Pemilik tanah yang sah
1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama layak menerima bantuan
Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- WargaNegara Malaysia
- Penoreh berdaftar dengan RISDA
- Menoreh lot seluas 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama layak menerima bantuan
Mempunyai Kad Permit Kuasa Getah (PAT-G) yang masih sah semasa permohonan dibuat.
Tarikh pembayaran
Untuk makluman, permohonan BMT telah pun ditutup pada 15 September 2023.
Justeru, kepada mereka yang diluluskan permohonannya – pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat empat fasa (RM200 setiap fasa). Tarikh mula pembayaran adalah pada November 2023 hingga Februari 2024 (selama 4 bulan).
Sementara itu, untuk maklumat lebih lengkap mengenai BMT, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.