Bantuan Tambahan STR Fasa 4 – Bantuan STR Fasa 4 merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tambahan STR sebanyak RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Pembayaran STR Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 telah diedarkan pada 17 Januari, 5 April dan 26 Jun 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembayaran Derma Tunai Rahmah Fasa Empat.
STR PENERIMA BANTUAN FASA 4
LHDN memaklumkan Penerima Bayaran Fasa 4 merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermakna, permohonan baharu dan kemas kini untuk Derma Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran akan dibuat dalam Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 4
Bayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023. Biasanya bayaran akan dikreditkan pada minggu ketiga NOVEMBER 2023.
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunnai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut
KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR
Kategori yang layak mendapat STR setakat ini ialah isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh itu, sekiranya anda sebelum ini bukan penerima dan ingin membuat permohonan baharu, diharapkan permohonan baharu akan dibuka pada masa hadapan.
MAKLUMAT LANJUT TARIKH PEMBAYARAN STR BANTUAN TAMBAHAN FASA 4
Jika anda terlupa kata laluan anda dan gagal menjawab soalan keselamatan (3 percubaan diberikan), ID MySTR anda akan disekat dan anda akan dibenarkan mencuba lagi selepas 24 jam.
Untuk sebarang bantuan lanjut, anda boleh menghubungi LHDNM terdekat atau Talian BKK LHDNM 1-800-88-2747.