KehamiIan adalah fasa dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Justeru, si ibu pasti melakukan penjagaan dengan lebih teliti untuk memastikan semua dalam keadaan sihat dan selamat.
Jika sebelum ini Digitakmukmin.com berkongsi antara surah yang perlu diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tapi kali ini, kami ingin berkongsi keberhasilan surah tersebut terhadap ibu mengandung.
Selain menjaga makan minum dan bersenam, ada juga para ibu melakukan aktiviti kerohanian dengan mendengar alunaan ayat suci al-Quran seperti dilakukan oleh seorang wanita di Indonesia ini. Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, Hajah Sutiah memberitahu bahawa dirinya sering membacakan Surah Yusuf ketika hamiI untuk diperdengarkan kepada bayi sulungnya dalam kandungan.
Selepas melahirkan Hujjatul Haq AL Karimiy pada Februari lalu, wanita berusia 21 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila anaknya itu dikurniakan wajah yang disifatkan ‘tampan’.
“Rajin baca surah Yusuf pas lagi hamiI. Subhanallah kekuatan al-Quran,” tulisnya ringkas.
@hajahhhh123 Rajin baca surah Yusuf pas lagi hamil 😇 subhanallah kekuatan al-Quran 💞#alquran #surahyusuf #surahmaryam
Video singkat berdurasi 20 saat itu memaparkan wajah anaknya yang ‘kacak’, putih mulus serta pipi kemerahan sehingga menarik perhatian warganetizen untuk ditonton lebih 9.3 juta kali.
Di ruangan komen, rata-rata memuji kebesaran Allah SWT selain mengakui tidak jemu mata memandang kecomelan Hujjatul Haq yang dipanggil sebagai Dede AL itu. ‘Good looking’ sejak embrio!