Selain daripada Kategori Isi Rumah, Golongan Bujang juga turut tidak ketinggalan dalam senarai golongan yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2022 ini.
Di dalam Kategori Bujang, pemberian turut berbeza untuk setiap kategori bujang yang diberikan.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang akan dilancarkan pada bulan Mac ini.
Pembayaran bantuan ini akan diagihkan sebanyak 4 fasa sehingga penghujung tahun 2022 ini.
Pemberian bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BANTUAN
Pemberian bantuan ini adalah berbeza mengikut kategori Bujang tersebut.
1. Kategori Bujang & Berpendapatan bawah RM 2,500 menerima
- RM 350
- RM 600
- RM 500
- RM 350
CARA PERMOHONAN DAN KEMASKINI BKM BUJANG
Untuk permohonan baharu dan kemaskini BKM 2022, berikut adalah cara permohonan yang diberikan:
1. Layari pautan rasmi BKM
2. Klik pada Permohonan Baharu untuk daftar atau tekan Log Masuk BKM jika ingin kemaskini permohonan.
3. Kemudia, klik pada Kemaskini Permohonan.
4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda & tekan butang Semak.
5. Isi setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) & klik butang Teruskan.
6. Seterusnya, isi Kod Captcha & tekan Sahkan Captcha.
7. Sila Tandakan Tick pada butang Perakuan Pemohon.
8. Akhir sekali, tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan.
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran BKM 2022 ini akan dilakukan sebanyak 4 fasa untuk tahun 2022 ini. Pembayaran bantuan ini akan diberikan kepada kategori Isi Rumah, Warga Emas / Tiada Pasangan dan Bujang yang layak.
Manakala, pembayaran BKM untuk Fasa 1 dianggarkan bermula pada Bulan Mac ini dan pembayaran Fasa 4 pula dijangkakan pada Disember.