Salah satu inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan yang diberikan pada tahun ini ialah Bantuan Musim Monkujuh (BMT). Pelaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan tahun ini bagi meringankan beban mereka yang terjejas pada musim tengkujuh.
Menerusi program anugerah khas ini, mereka yang layak akan menerima imbuhan insentif berjumlah RM800. Bantuan BMT ini akan dibayar secara berperingkat (4 Fasa) mulai November hingga Februari tahun depan dengan kadar RM200 sebulan.
Apa yang menarik, kadar itu dinaikkan pada tahun ini berjumlah RM800 berbanding RM600 tahun lalu. Dengan adanya insentif khas ini sedikit sebanyak dapat membantu menghadapi musim tengkujuh tahun ini.
JADUAL BANTUAN BMT MENGIKUT FASA
Berikut adalah jadual rasmi pembayaran bantuan BMT bagi tahun ini mengikut fasa seperti di bawah:
- Pembayaran Fasa 1 : November 2023 (RM200)
- Pembayaran Fasa 2 : Disember 2023 (RM200)
- Pembayaran Fasa 3 : Januari 2024 (RM200)
- Pembayaran Fasa 4 : Februari 2024 (RM200)
Semua pengagihan pembayaran BMT akan disediakan melalui pindahan dana elektronik (EFT) terus ke dalam akaun penerima yang layak.
KELAYAKAN BANTUAN BMT RM800
Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan BMT ini seperti berikut:
RakyatMalaysia
Pekebun kecil atau penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA
Mematuhi terma dan syarat mengikut kategori (Pekebun kecil/penoreh getah)
SEMAKAN STATUS BANTUAN BMT 2023
Untuk menyemak status, anda boleh menyemak dalam talian. Sila layari laman web rasmi Bantuan Monsun (BMT) RISDA – DI SINI
Maklumat: Tarikh permohonan BMT dibuka pada 15 Jun 2023 dan ditutup pada 15 September.