Berita baik kepada semua penerima Bantuan Sara Hidup di seluruh Malaysia, terutamanya yang menggunakan BSN.
Menurut beberapa ahli group Facebook Bantuan Sara Hidup BSH, wang bantuan sara hidup 2020 untuk fasa 3 telah masuk ke dalam akaun bank mereka bagi yang menggunakan Bank BSN.
Kepada mereka yang menggunakan bank BSN, boleh semak dahulu di sini -> MyBSN Login
Jika sudah masuk, anda boleh keluarkan duit bantuan di mana-mana ATM tanpa sebarang caj.
Bayaran BSH fasa ketiga akan dibuat mulai Jumaat (24 Julai 2020) ini berdasarkan kenyataan rasmi daripada kerajaan. Bayaran fasa ke 3 merangkumi baki nilai BSH 2020 dan bilangan anak tanggungan.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia, sebanyak RM3 Billion akan diperuntukkan kepada hampir 4.28 Juta penerima BSH. Ianya merangkumi 3.75 Juta isi rumah & 0.53 Juta individu bujang yang berusia 40 – 59 tahun.
BSH 2020 adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan tanggungan anak (RM120 setiap anak berumur 18 tahun ke bawah) dan terhad kepada 4 anak sahaja.
Contoh : Encik Ahmad berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak bawah 18 tahun. Beliau layak mendapat RM1,080 bagi fasa ketiga.
PortalMalaysia berharap agar anda mendapat manfaat daripada artikel ini dan jangan lupa share dan sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima Kasih.
Sumber: Group Facebook Bantuan Sara Hidup BSH