Buluh lemang raya haji PKPD

JELEBU: Meskipun berdepan halangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pencari buluh lemang di daerah ini, Khairil Anuar Zainal Azman, 49, masih mampu menjual sehingga 10,000 batang buluh lemang bagi sambutan Aidiladha.

Bagaimanapun, dia mengakui sambutan terhadap buluh lemang kurang memberangsangkan ekoran PKP ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Seremban ketika ini.

“Permintaan buluh lemang pada sambutan Aidiladha kali ini agak kurang memberangsangkan memandangkan daerah Seremban berada dalam tempoh PKPD dan permintaan daripada peniaga-peniaga lemang tepi jalan juga semakin kurang.

Buluh lemang raya haji PKPD

“Saya hanya menerima tempahan buluh lemang dari seorang peniaga setakat ini yang membeli sebanyak 4,000 batang lemang untuk dijual di Nilai sempena perayaan Aidiladha ini.

“Saya juga ada menerima tempahan dari Selangor dan Kuala Lumpur namun tiada kebenaran merentas negeri agak menyukarkan mereka untuk ke sini,” katanya ketika ditemui di Kenaboi, Chennah dekat sini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif berkata, permintaan buluh lemang yang menurun adalah disebabkan peniaga lemang juga semakin berkurangan di beberapa daerah di negeri ini ketika ini.

Buluh lemang raya haji PKPD

“Menjelang empat hari sambutan Hari Raya Aidiladha saya melihat agak kurang permintaan buluh lemang dan peniaga mula kurang susulan pelaksanaan PKP. Jika dahulu di sini sudah mula sibuk dengan peraih dan peniaga yang mencari buluh lemang.

“Memandangkan kini tidak boleh berkumpul, buluh lemang juga tidak mendapat sambutan. Lebih seronok membakar lemang beramai-ramai sekiranya boleh pulang ke kampung” katanya.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×