BWE : Pemberian Bantuan RM500 sebulan untuk rakyat Malaysia terutamanya B40 yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini adalah merupakan sebuah bantuan bulanan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
BWE : BANTUAN RM500
Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Salah satu insentif yang boleh dimohon adalah melalui Skim bantuan kebajikan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam skim bantuan kebajikan terdapat satu insentif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE) atau Bantuan Orang Tua yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif ini pada kadar RM500 setiap bulan secara automatik.
Objektif perlaksanaan program insentif BWE ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban kewangan golongan orang tua yang memerlukan. Melalui insentif istimewa ini dapat membantu golongan B40 meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE
Pihak berwajib telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BWE RM500 sebulan ini seperti berikut :
- Warganegara
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa, purata miskin perkapita semasa
- Warga Emas – Berumur 60 tahun dan keatas
- Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
- Tidak tinggal di pusat jagaan harian atau kediaman yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma.
TARIKH PERMOHONAN
Untuk pengetahuan anda, program bantuan khas BWE ini boleh dimohon sepanjang tahun oleh rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan. Sekiranya anda atau ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan, sila kemukan permohonan.
CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE
Kepada pemohon yang berada dalam golongan terjejas yang menepati syarat yang ditetapkan oleh JKM ini, permohonan boleh dikemukakan pada bulan ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – TEKAN DISINI
INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai penuh bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAKAN DISINI untuk rujukan.