Tetapi perkara yang sering menjadi masalah bagi mereka yang ingin menghafal Al-Quran sudah pasti adalah masalah mudah lupa.Pada malam hari hafal dan keesokan harinya sudah lupa, jadi bagaimana hendak mengatasi masalah cepat lupa ini?
Tips untuk mengelakkan anak-anak cepat lupa apabila menghafal Al-Quran.
Kongsi Atau Ajar ,Ramai yang berpendapat bahawa seseorang itu perlu menguasai sesuatu topik sebelum mengajar atau berkongsi dengan orang lain. Tetapi sebenarnya ia adalah sebaliknya. Berkongsi ilmu atau mengajar orang lain dapat memudahkan kita untuk mengingat dan memahami topik tersebut kerana untuk mengajar berbuat demikian seseorang itu perlu menelaah dan membuat rujukan terlebih dahulu.
Membiasakan solat tahajud Ketika ada yang mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al-Quran. Kita disarankan agar membiasakan dirinya dengan solat tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t yang hebat di mana ia akan membersihkan hati supaya mudah mengingati Al-Quran. Sebaliknya, hafalan Al-Quran akan menjadi susah apabila hati kotor.
Menumpukan Perhatian Dan Fokus Untuk membantu seseorang itu menghafal dengan mudah, sebelum mula menelaah pelajaran, pastikan tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap topik atau perkara yang ingin dihafal itu. Elakkan daripada sebarang gangguan seperti televisyen, telefon bimbit, atau perkara lain yang dapat mengalihkan perhatian daripada proses hafalan.
Memperbanyakkan doa kerana Allah lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surah. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir selepas solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al-Quran.
Jaga Pemakanan Pemilihan makanan juga memainkan peranan. Makanan seperti kismis, madu, ikan segar dan macam-macam lagi dapat membantu minda menjadi sihat dan cerdas serta memudahkan hafalan.
Mengulang hafalan dalam solat sunnah. Surah atau ayat yang telah dihafal perlulah diperbanyakkan semasa di dalam solat dan dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam masa yang lama.
Wirid harian, disarankan juga agar penghafal Al-Quran menjadikan wirid sebagai bacaan harian.Setelah menghafal 30 juz, kita boleh amalkan membaca tiga juz Al-Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, secara puratanya kita hanya memerlukan masa 2 setengah jam.