Tidak dinafikan, penghawa dingin adalah salah satu daripada peralatan yang menyumbang kepada bil bulanan yang membebankan. Apatah lagi apabila cuaca panas atau musim perayaan sudah tentu anda akan memasang penghawa dingin bagi menjadikan rumah lebih selesa dan sejuk.
Jika sudah lama dipasang penghawa dingin, pastinya bil bulanan akan melambung tinggi. Jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin juling mata melihat pada jumlah elektrik yang perlu anda bayar setiap bulan.
Baca : Simbol Remote Aircond Ini Boleh Jimatkan Eletrik
Bagi memastikan penggunaan penghawa dingin lebih menjimatkan, Fazlie Idris berkongsi RAHSIA penggunaan penghawa dingin dengan betul untuk membantu anda menjimatkan tenaga elektrik tanpa menjejaskan keselesaan.
Ramai Yang Salah Cara Penggunaan Aircond
Penghawa dingin menjadi punca bil elektrik yang tinggi. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan bil elektrik anda dengan penggunaan aircond yang betul.
1. Beli penghawa dingin dengan kuasa HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu.
Cara untuk kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Ambil bilik 12’x10′ sebagai contoh. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8 HP.
Sesetengah orang cakap bahawa bilik itu kecil, dan penghawa dingin 0.5HP sudah memadai. Tetapi sebenarnya, penghawa dingin yang paling sesuai ialah 1HP, dan yang terbaik ialah penghawa dingin 1.5HP. Tetapi jika 2.0HP sudah over power. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pergerakan kompresor.
Lebih banyak kompresor berjalan/ bergerak, lebih banyak elektrik yang digunakan. Jadi kalau boleh kita nak compressor dimatikan dan dihidupkan pada selang masa yang agak lama untuk menjimatkan kuasa.
2. Gunakan Aircond yang ada Inverter
Tujuan inverter ini adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Apabila elektrik pada kompresor lebih konsisten, kita dapat menjimatkan bil elektrik. Ini berkaitan dengan graf penggunaan elektrik. Seorang budak kejuruteraan elektrik mungkin boleh menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut.
Bagi mereka yang menggunakan inverter ini, tidak perlu menukar penghawa dingin dengan kerap. Inverter ini hanya berfungsi sepenuhnya selepas masa yang lama. Biasanya selepas 4 jam.
Beli Aircond Inverter murah dan berkualiti di sini.
3. Tetapkan setting Aircond dengan betul.
Yang ini memang digunakan oleh kebanyakan orang dengan cara yang kurang tepat. Selalunya saya nampak orang set suhu.
Andaikan suhu ialah 23 darjah Celsius dan kipas ditetapkan ke tahap 2 daripada 4. Selepas itu, biarkan sehingga pagi sebelum mematikannya.
Nasihat terbaik ialah, apabila anda pulang ke rumah, turunkan penghawa dingin ke suhu paling rendah (cth: 16 darjah Celsius) dan kipas paling kuat (cth, level 4) dan tinggalkan bilik selama kira-kira 30 hingga 45 minit. Kemudian tetapkan pada suhu 26 darjah Celsius atau 25 darjah Celsius. Ini adalah suhu yang sesuai untuk tidur. Tetapkan kipas kepada separuh (contoh: 2 daripada 4).
Apabila kita menggunakan penghawa dingin, bahagian yang paling memakan kuasa adalah apabila ia baru dihidupkan. Jadi kompresor akan menggunakan banyak tenaga untuk memulakan gerakan. Seperti mendayung basikal, ia memerlukan banyak usaha untuk bermula, tetapi anda boleh meneruskannya selepas beberapa ketika.
Jadi jika kita membiarkan penghawa dingin pada tetapan yang sama sehingga pagi, kompresor akan berfungsi lebih.
4. Jangan selalu on dan off
Ini biasanya berlaku semasa tidur. Agak sejuk je, terus off aircond. Hidupkan semula apabila ia terasa panas. Ingat! Apabila kita hanya menghidupkan penghawa dingin, ia menggunakan banyak elektrik. Jadi jika kita banyak on off, kita menggunakan banyak elektrik.
5. Lakukan service aircond setiap 6 hingga 9 bulan sekali
Lakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Penghawa dingin yang tidak diselenggara akan menyebabkan penghawa dingin tidak dapat menyejukkan. Ada juga yang ingat kehabisan minyak, padahal filter kotor je pun.
Jika dibiarkan terlalu lama, penghawa dingin mungkin rosak. Wang digunakan untuk membeli yang baru. Sebab kita nak keluarkan RM70, RM1500 dah terbang.
Nak beli aircond sejuk dan murah? Klik Sini, ada rebat sehingga RM50.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.