Rumah jenis teres sederhana (tengah) kos rendah hingga sederhana mempunyai peredaran udara (air-flow) yang sangat terhad. Atas sebab ini, terdapat sesetengah pemaju menawarkan ruang atau lubang udara. Selalunya ia digunakan sebagai halaman dalaman (internal courtyard) atau sebagai bilik dua kali ganda (double volume) yang boleh digunakan.
Cara Betul Pakai Kipas Untuk Sejukkan Rumah Tanpa Aircond
Namun, penyaman udara (aircond) bukanlah penyelesaian terbaik. Haba dan udara yang terperangkap di dalam rumah masih tidak dapat lari. Ini akan menyebabkan keadaan di dalam rumah meningkat haba.
Bagaimanapun, seorang juruelektrik berkongsi penjelasan dan penyelesaian mudah. Dengan menggunakan kipas sahaja, anda boleh mengurangkan jumlah udara panas yang terperangkap di rumah anda dengan hanya menggunakan kipas.
Nak beli kipas murah dan berkualiti? KLIK SINI
Lihat video di bawah untuk penjelasan lanjut :
Menurut beliau :
- Buka pintu sedikit, jangan luas-luas
- Halakan kipas ke luar rumah di depan pintu
- Tekan nombor 3 pada kipas jika terlalu panas
- Haba dari dalam rumah akan ditiup ke luar
Teknik ini boleh dicuba tanpa perlukan aircond.
Baca Juga : SAPS Ibu Bapa Semakan
Cara Lain Sejukkan Rumah
1. Gunakan Humidifier
Pelembap udara (humidifier) ini, tidak semahal penghawa dingin, tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambahkan kelembapan ke udara melalui titisan wap air.
Kini, ia semakin banyak dijual di pasar raya dan dalam talian. Menariknya, wangian juga boleh ditambah untuk menambahkan kesan selesa dan segar pada bilik.
2. Guna Kipas Meja & Letakkan Berdekatan Dengan Tingkap
Jika anda tidak mempunyai kipas siling, gunakan kipas meja dan letakkan berhampiran tingkap
Ini adalah untuk melepaskan haba yang terkumpul di dalam bilik. Lebih ramai pengikut lebih baik.
3. Letak bantal kecil ke dalam peti ais sejam sebelum tidur
Bila nak tidur, ambil bantal dan letak dekat badan. Balut bantal dengan plastik untuk mengelakkan ais cair meresap ke dalam tilam.
4. Letak selimut dalam Freezer
Lipat selimut menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam plastik. Sebelum tidur, keluarkan dari peti sejuk.
5. Basahkan tangan anda dan letakkan di belakang leher anda
Ini kerana bahagian ini adalah sensor yang mengawal suhu badan. Jika leher sejuk, seluruh badan juga sejuk.
Semoga tips dan petua-petua ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mengharungi strok haba yang melanda Malaysia sekarang.