Sijil pencapaian seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) amat penting untuk mengisi borang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke menara gading. Jika sijil-sijil tersebut hilang, anda akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan dan mempamerkan pencapaian anda.
Bagi anda yang hilang atau tercicir sijil pencapaian PMR, SPM dan lain-lain, anda boleh meminta salinan dan terjemahan keputusan anda daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tips Lain :
Cara Memohon Salinan Keputusan Dan Terjemahan
Berikut adalah cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan.
- Layari laman web Lembaga e-Peperiksaan https://elp.moe.gov.my/
- Klik pada bahagian Perkhidmatan.
- Pilih Salinan Keputusan.
- Kemudian anda boleh memilih SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE salinan yang anda inginkan.
- Kemudian isikan nombor kad pengenalan anda.
- Klik untuk memaparkan borang permohonan.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dan
- Klik Mohon.
Selepas menghantar permohonan anda, anda boleh menyemak status permohonan anda di halaman utama.
*Bayaran dikenakan setiap kali salinan keputusan dan terjemahan diminta.
Tempoh Pengeluaran Salinan Keputusan Dan Terjemahan
Untuk mengeluarkan salinan penyataan dan terjemahan setiap sijil, berikut adalah tempohnya :
- SPM dari 1994 atau selepas – Satu (1) jam.
- SPM dari 1993 atau sebelum – tujuh (7) hari bekerja.
- PMR dari 1998 atau selepas – Satu (1) jam.
- PMR dari 1997 atau sebelum – tujuh (7) hari bekerja.
- Peperiksaan lain (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, dll.) – Tujuh (7) hari perniagaan.
Info Lanjut
Untuk sebarang masalah dan pertanyaan semasa proses permohonan, anda boleh terus ke bahagian Soalan & Aduan https://elp.moe.gov.my/aduan
Semoga maklumat ini dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.