Cara Kira BMI | Apa itu BMI? Bagaimana cara untuk mengira BMI? Digital Mukmin akan kongsikan dibawah
Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai Body Mass Index (BMI) adalah jumlah lemak badan seseorang yang dikira berdasarkan nisbah berat berbanding tinggi.
Nilai BMI akan menunjukkan samada seseorang itu kurang berat badan/kurus, berat badan ideal/normal, lebih berat badan atau obes. Semakin tinggi BMI, semakin gemuk seseorang itu.
Disebabkan BMI mudah untuk dikira, ia digunakan secara meluas sebagai petunjuk untuk mengenalpasti berat badan ideal seseorang individu.
CARA MUDAH MENGIRA BMI SECARA MANUAL
Sistem Metrik
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)]2
Sistem Imperial
BMI = Berat (lb) / [Tinggi (in)]2 x 703
Nota: BMI sesuai digunakan untuk menilai lelaki dan wanita dewasa berumur antara 18 hingga 64 tahun. BMI tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, bayi, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak, orang yang sangat berotot (seperti atlet, ahli bina badan),
CARTA KLASIFIKASI
Bawah 18.5 | Underweight |
18.5 – 24.9 | Normal |
25.0 – 29.9 | Overweight |
30.0 ke atas | Obese |
Bagi mereka yang overweight atau obese yang idamkan berat badan ideal, jangan berputus asa, anda boleh mencuba kaedah ini untuk kuruskan badan dan kekal kurus.
Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung (heart disease), tekanan darah tinggi (hypertension), kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus), barah (cancer) dan angin ahmar (stroke).