SISTEM EGUMIS
eGUMIS adalah sistem semakan untuk memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online. Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan untuk individu atau nombor pendaftaran syarikat untuk syarikat.
Bermula 1 Januari 2020, sistem eGumis kini sudah boleh diakses sepenuhnya untuk menyemak Wang Tidak Dituntut (WTD).
APA ITU WANG TAK DITUNTUT
Mesti anda tertanya-tanya, apakah maksud Wang Tak Dituntut WTD. WTD adalah wang kepunyaan seseorang individu yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.
Contoh Wang Tak Dituntut (WTD) ialah:
- Gaji / eGaji
- Komisen / Upah
- Simpanan Tetap
- Deposit / Cagaran
- Dividen
- Tuntutan Insurans Yang Diluluskan
- Keuntungan yang telah diisytiharkan
- Wang dalam akaun yang tidak aktif selama 7 tahun termasuklah akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang mempunyai pembaharuan automatik
CARA DAFTAR SISTEM eGUMIS
Berikut ialah panduan untuk log masuk ke portal rasmi eGumis yang telah dilancarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk memudahkan orang awam membuat semakan WTD:
- Layari pautan berikut untuk akses kepada sistem eGUMIS https://egumis.anm.gov.my/
- Masukkan nama, nombor kad pengenakan dan e-mel untuk mendaftar secara online
- Log masuk menggunakan kata laluan yang dihantar melalui e-mel
- Tukar semula kata laluan anda
- Seterusnya, tekan ‘Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut’ dan masukkan nombor kad pengenalan anda
- Semakan hanya boleh dibuat sebanyak 2 kali sehari sahaja
CARA TEBUS WANG TIDAK DITUNTUT
Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat penebusan secara online :
- Klik ‘Tersukan Dengan Permohonan’
- Setelah itu klik ‘Tambah Penerima’ dan masukkan maklumat peribadi
- Muat naik dokumen sokongan pada bahagian tertulis ‘Mandatori’
- Sila baca terma dan syarat, sekiranya setuju tandakan tick pada kotak
- Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen sudah Disahkan
- Melalui semakan yang dibuat, terdapat individu yang sudah menebus WTD berjumlah RM 30,000.
SOALAN LAZIM
- Bayaran WTD akan dibayar kepada penerima yang membuktikan beliau layak
- Dokumen sokongan yang membuktikan anda layak untuk menerima WTD tersebut
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan Wang Tidak Dituntut (WTD) , sila hubungi
- 03-2056-8053
- 03-2056-8052