Comelnya anakanda beliau,tahniah Dato Siti bersalin pada usia 42 tahun !

 

Khabar gembira menggemparkan dari penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pagi semalam mengenai kelahiran bayi keduanya yang sangat comel sememangnya membuatkan seluruh keluarga dan seluruh peminat serta pengikut Datuk Siti di Instagram gembira.

Putera sulung Datuk Siti yang sememangnya cukup dinantikan itu dilahirkan tepat jam 6.21 pagi, seberat 3.84 kilogram melalui kaedah pembedahan.

Melalui satu postingnya di Instagram pagi ini, Datuk Siti meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang menikmati pengalaman kehamilan dan kelahiran penuh indah sekali lagi.

“Alhamdulillah, Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia”

“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” kongsi Datuk Siti menerusi Instagramnya pagi tadi.

Dalam pada itu, Siti yang ketika ini memilih untuk berpantang bersama Natalis Mother Care turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sekian lama mendoakan kesejahteraannya dan bayi sehingga detik melahirkan.

Sama sama kita doakan puteranya sentiasa dalam keadaan baik .

Posting penuh di instagram : https://www.instagram.com/p/CN3prLhnE1r/


Jom Bantu Share Artikel Ini
×