Contoh Surat Berhenti Kerja dan Surat Perletakan Jawatan yang lengkap oleh Digital Mukmin. Kami berharap agar anda dapat sebarkan dan viralkan panduan contoh surat berhenti kerja yang lengkap ini di sosial media.
Surat rasmi behenti kerja atau resignation letter bagi notis sebulan, seminggu ataupun 24jam? Dibawah ini akan dikongsikan contoh – contoh surat behenti kerja yang ringkas dan mudah dalam dua Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai panduan kepada anda yang memasang niat untuk behenti kerja. Tempoh notis behenti kerja adalah bergantung kepada terma yang telah dicatat dalam surat pelantikan ataupun kontrak. Surat rasmi behenti kerja perlu diserahkan kepada majikan dengan memberi alasan yang munasabah seperti mendapat tawaran pekerjaan baharu, menyambungkan pelajaran dan lain – lain.
CONTOH SURAT RASMI BERHENTI KERJA TERBAIK YANG RINGKAS DAN MUDAH
Dibawah ini adalah contoh surat berhenti kerja yang terbaik, mudah dan ringkas. Notis berhenti kerja termasuk sebulan dan 24 jam. Juga dikongsikan surat perletakan jawatan dalam Bahasa Inggeris.
i) Surat Berhenti Kerja Hotel Dengan Sebulan Notis Kerja Di Hotel
Azman Bin Razali
Account Officer,
Hallmark Regency Hotel,
No. 16, Jalan Harimau, Taman Abad,
80250 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
_______________________________________________________________
Madam Janet Khoo
Residence Manager,
Hallmark Regency Hotel,
No. 16, Jalan Harimau, Taman Abad,
80250 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. 15 September 2017
Puan,
PER : PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Saya Azman Bin Razali bertugas sebagai Account Officer ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya bermula dari 16 Oktober 2017.
- Untuk makluman pihak puan, tujuan saya meletakan jawatan ini kerana saya telah mendapat tawaran kerja baharu.
- Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberikan kepercayaan kepada saya semasa melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak hotel.
- AKhir sekali, saya berharap pihak puan dapat memberikan kerjasama dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
Yang benar
……………………….
(AZMAN BIN RAZALI)
Account Officer, Hallmark Regency Hotel
ii) Contoh Surat Berhenti Kerja Kilang Notis 24 Jam
Suraya Binti Majid
Kerani
NZ Frozen Industries Sdn.Bhd,
Kompleks Kilang SME Bank,
Lot E-1, 15 Jalan Tahana,
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
—————————————————————————————————————
En Mohd Jaafar Bin Ali
Pengurus Sumber Manusia
NZ Frozen Industries Sdn.Bhd,
Kompleks Kilang SME Bank,
Lot E-1, 15 Jalan Tahana,
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim 30 Januari 2018
Tuan,
PERKARA : NOTIS PERLETAKAN JAWATAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
- Saya Suraya Bt Majid,bertugas sebagai kerani ingin memaklumkan kepada tuan tentang perletakan jawatan saya bermula 30 Januari 2018 (Isnin). Untuk makluman pihak tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran saya diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam tempatan.
- Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar semasa saya melaksanakan kerja. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan syarikat tuan.
- Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.
Keperhatinan dari pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian terima kasih.
Yang benar
……………………….
(SURAYA BT MAJID)
Kerani, NZ Frozen Industries Sdn.Bhd
iii) Surat Berhenti Kerja Restoran Makanan Segera Notis Sebulan/ Serta Merta
Jamil Bin Abu
No. 20, Jalan Dedaru,
Taman Kota Putri,
81750 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
————————————————————————————————————–
Pengurus,Pizza Hut Pasir Gudang,
Pusat Perniagaan Pasir Gudang,
81750, Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim 5 Februari 2018
Tuan,
PER: PERLETAKAN JAWATAN
Berdasarkan perkara di atas, saya Jamil Bin Abu memangku jawatan pelayan restoran PizzaHut Pasir Gudang ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 6 Februari 2018
- Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan terhadap syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaaan yang baru dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.
- Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
……………………….
(JAMIL BIN ABU)
iv) Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Inggeris (1 Month Notice)
Jamilah Binti Jamal
No 88, Jalan Nakhoda,
Taman Ungku Tun Aminah,
81300, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
————————————————————————————————————–
Mr David Tan
HR Manager,
KZX Networks Sdn Bhd,
No, 90, Jalan Pahlawan 2,
Taman Ungku Tun Aminah,
- Johor Bahru,
Johor Darul Takzim 1st July 2018
Dear Mr David,
RESIGNATION FROM THE POSITION OF STAFF ACCOUNTANT
Please accept this letter as notice of my resignation from my position as accountant. I will be serving my one month notice and my last day will be on 1st AUgust 2018.
It has been a fun time working with you and your team over the last three years. One of the highlights of my career was collaborating with you to automate KZX Company’s balance systems, accounting, financial and setting up your accounting infrastructure.
I would like to thank a lot for you letting me be part of KZX Networks family. I learned a lot from this company and I appreciate the time and patience when you are training me. The experience working with KZX Networks is something that I will always appreciate.
Please be convince that I will complete all my projects and ensure a smooth hand over. Im available to provide any assistance required during this transition time.
Thank you for the opportunity given. I wish you and your staff all the best and I look forward to keeping in touch with you.
Sincerely
……………………………….
(JAMILAH BINTI JAMAL)