BANGKOK: Thailand terus mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi, kali keempat dalam minggu ini.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata, kes baharu itu merangkumi 1,540 penularan tempatan, 1,161 mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, 379 melalui pengesanan kes aktif dan tiga kes import.
Bangkok mencatat kes tertinggi iaitu 409, diikuti Chiang Mai (278) dan Chonburi (98).
Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan kerana jumlah kes baharu dijangka terus meningkat kerana pergerakan semasa cuti tahun baru Songkran minggu ini.
COVID-19: NSC Thailand cadang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi
COVID-19: 109 kes baharu di Thailand
COVID-19: Thailand lanjut perintah darurat sehingga 31 Ogos
Thailand rancang pendekkan tempoh perintah berkurung selama sejam. Semalam, ketua operasi CCSA, Jeneral Natthapon Nakpanich, meminta kerajaan mengenakan perintah sekatan dio beberapa kawasan termasuk Bangkok dan Chiang Mai mengekang penularan COVID-19.
Terkini, penularan berkaitan pusat hiburan di Bangkok mencecah 7,074 kes dan sudah merebak ke 75 dari 77 wilayah sejak 1 April.